Pakatan Rakyaat bakal mempunyai Ketua Pembangkang yang baru....Pastinya bukan daripada PAS kerana parti itu dilihat hanyalah umpama melukut ditepi gantang.
Pasti bukan juga Wan Azizah kerana "Langkah Kajang" telah memperlihatkan tahap beliau....
Pasti juga bukan daripada DAP kerana siapa pun juga calonnya bakal menjadi calon PM jika sekiranya Pakatan Rakyaat memenangi PRU 14 kelak....Jadi mana mungkin calonnya adalah calon bukan Melayu/Islam???
Jika ianya tetap berlaku sudah pasti Pakatan Rakyaat bakal di ambang kekalahan walaupun PRU 14 masih lambat lagi....
Calon terbaik pastinya Azmin Ali, tetapi jika PAS ataupun golongan ulamak meninggalkan Pakatan Rakyaat pastinya "Road to Putrajaya" tidak akan kesampaian...
Apapun perebutan kuasa pasti sengit dan tidak menghairankan jika ada yang akan melompat menyertai Umno/BN.
Kita tunggu!!!!
Artikel berkaitan; http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/siapa-ketua-pembangkang-yang-baru
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.