bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Feb 2015

DAP Perlu Sokong Hudud Jika Mahukan Melayu Sokong Pakatan Rakyaat???


Artikel berkaitan klik sini.

Percubaan DAP untuk berdolak-dalik dan cuba untuk tawar-menawar dalam isu Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan dan isu HUDUD  tidak menguntungkan Pakatan Rakyaat amnya dan orang Melayu/Islam khususnya.


Umum tahu, cadangan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan cadangan DAP secara tersiratnya bertujuan untuk memencilkan dominasi Melayu/Bumiputera yang merupakan penduduk majoriti Malaysia dan akhirnya bertujuan untuk membolehkan DAP mengembeling undi kaum Cina dan Melayu/Bumiputera Liberal untuk membolehkan mereka merampas dan menerajui Putrajaya.

Pemimpin2, ahli2 serta penyokong PAS dan orang Islam yang menyokong HUDUD tidak boleh lagi bertolak-ansur dengan DAP. DAP perlu sedar bahawa antara sebab utama orang2 Melayu/Islam menyokong PAS adalah kerana janji mereka untuk menegakkan HUDUD. Jestru jika DAP berterusan menolak Hudud apa perlunya orang Melayu/Islam menyokong Pakatan Rakyaat.

Sementelah lagi sokongan kepada Pakatan Rakyaat yang sebenarnya didominasi oleh DAP sebuah parti Cauvanis Cina hanya akan memecah-belahkan rakyaat dan akan menyebabkan orang Melayu/Bumiputera yang merupakan penduduk asal dan kaum majoriti di negara ini kehilangan kuasa dan kelebihan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang majoritinya adalah Melayu/Bumiputera hasil penjajahan dan pendekatan pecah dan oleh perintah kuasa2 besar selama lebih 446 tahun yang telah membolehkan kaum Cina mendapat kelebihan kerana mereka tinggal di bandar2 dan memonopoli kekayaan negara menerusi perniagaan, monopoli rangkaian pembekalan dan hasil negara yang lain terutamanya perlombongan dan perladangan.




Buat pengundi2 Melayu....berdasarkan jumlah kerusi Parlimen PAS dalam PRU 13 yang lalu...Di manakah logiknya dengan menyokong PAS, Pakatan Rakyaat akan menegakkan HUDUD???

Selain DAP parti yang paling dominan dalam PR masih terang-terangan menolak HUDUD, bagaimana mungkin PAS yang hanya ibarat melukut di tepi gantang boleh merelialisasikan janji mereka???

Secara matematik (pro-rata) sekiranya PR memenangi 112 kerusi (majoriti mudah dalam PRU 14) nanti...PAS cuma akan memenangi 27, kerusi PKR = 37 dan DAP = 48  kerusi.

Apa akan jadi kepada Malaysia???

Apa yang boleh PAS buat???

Hanya ibarat anjing menyalak bukit???

Sumber klik sini.








posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. tu dia...sanggup jual HUKUM HUDUD semata-mata untuk mendapat undi dan memerintah putrajaya. Masyallah... semoga Allah SWT melindungi Malaysia dan org Islam di Malaysia. Aamin..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3