bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Feb 2012

Sopan Bertudung Tapi Mulut Hancing???

Foto di sebelah hanyalah hiasan tiada kaitan dengan tulisan penulis.

Wanita Islam jika tak pakai tudung apalagi jika beliau merupakan seorang isteri kepada pemimpin besar Islam, pastinya akan mengundang kutukkan dan hinaan daripada musuh-musuh politik mereka. Ulamak-ulamak, terutamanya daripada parti politik pembangkang hanya diam menyepi seolah-olah menghina dan mengutuk sememangnya dibenarkan oleh islam.

Anehnya, apabila seorang pemimpin wanita pembangkang yang bertudung, berkali-kali melemparkan fitnah kepada kerajaan yang memerintah, tidak ada pula seorang ulamakpun yang berani "memberhentikan" beliau.

Perwatakkan seorang isteri dan ibu yang sopan dan bertudung dijadikan senjata untuk memfitnah dengan lebih berkesan. Sungguh licik!!

Macam-macam yang difitnahnya....

Kononnya suami beliau yang berada di dalam tahanan menderita akibat diracun menggunakan racun arsenik oleh kerajaan yang memerintah...

Kononnya suami beliau bakal disuntik dengan virus HIV oleh kerajaan memerintah untuk mengaitkan suami beliau sememangnya mengamalkan seks rambang dan seks bebas....

Suami beliau terpaksa berlindung di sebuah kedutaan kerana kononnya dipercayai akan dibunuh selepas suatu laporan polis dibuat terhadap suaminya yang didakwa telah meliwat seorang pembantu peribadinya...

Fitnah dilarang oleh Allah S.W.T, sebagaimana maksud firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: 191, “Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Bagi Islam memfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Renung-renungkan...



2 comments:

  1. seorang pembunuh pasti akan dapat dosa atas pembunuhan yg dilakukan, tapi org perempuan bertudung tu dapat dosa lebih besar wlaupun tak lakukan pembunuhan. Manusia sepatutnya berlumba2 nak masuk syurga, namun ada yg berlumba2 nak masuk neraka jahannam.

    ReplyDelete
  2. DNA....Darah Najis Anxxx

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3