Kosmo Rabu 20.2.2012 halaman muka depan dan halaman kedua, menyiarkan kenyataan hotel lokasi Badrol Amin ditahan menafikan ada rakaman cctv mengandungi kelibat 20 orang yang didakwa Badrol Amin telah memukul beliau.
Penjelasan itu juga sama dengan analisa setengah pihak yang pelik dengan tindakan Badrol Amin, tidak membuat laporan polis atas dakwaan dipukul.
Begitu juga tidak nampak sebarang kecederaan pada diri beliau jika benar serangan oleh 20 orang samseng tersebut benar2 berlaku. Jelas bahawa fakta sebenar cuba dipusing dengan dakwaan beliau difitnah walhal ia kelihatan sangat meragukan sejak mula cerita ini berkumandang di alam maya.
Jangan nanti Hj Hadi kata kamera video CCTV pekak dan bisu dan jestru tidak boleh digunakan sebagai bukti dan saksi, sudah lah.... Sumber klik sini.
Salam semua;
ReplyDeleteSwiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.