bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Oct 2011

Perjumpaan Pejuang Maya Dengan PM - UMNO/BN Bakal Kecundang Dalam PRU 13???


Klik sini.

Jika 10 - 20 tahun dahulu propaganda jentera pilihanraya UMNO/BN begitu kuat!!! Dan digeruni Lawan!!!

Betul atau tidak isu yang dibawakan, itu cerita lain!!! Benar atau salah tuduhan yang dilemparkan itu belakang cerita... Halal-haram... tolak tepi...

Begitu hebat... Sesuatu isu yang timbul ditangani dengan begitu baik dan cemerlang!!!

Isu tengggolok berlambang salib hingga boleh menggagalkan Ku Li!!! Isu 2 imam!!! Isu Pas mengkafirkan Umno... Semua isu tersebut dapat ditangani dengan baik oleh Umno/BN pada ketika itu!!!

Tetapi apabila berdepan dengan PKR, jentera UMNO/BN menjadi "lembik" dan seolah-olah kehilangan punca!!!

Penulis berpendapat ini terjadi kerana penyingkiran DSAI daripada UMNO/BN telah menyebabkan mereka yang selama ini dilatih, disusup masuk ke dalam UMNO/BN dan diletakkan di bahagian-bahagian strategik dalam UMNO/BN oleh DSAI telahpun sama-sama meninggalkan UMNO/BN dan menyertai Pakatan Pembangkang terutama PKR dan PAS. Sebab itulah jentera propaganda PKR/Pakatan lebih tersusun, licik, kejam serta tidak takut untuk memfitnah dengan strategi matlamat menghalalkan cara.

Licik dan zalim bak Yahudi!!!

Dalam perjumpaan "Pejuang Maya" pro BN bersama PM baru-baru ini, penulis pun agak sedikit terkejut...  penulis bukannya ahli UMNO atau mana-mana parti komponen BN... Pastinya dalam jangkaan penulis, kami para blogger akan dikerah agar mempertahankan UMNO/BN walau dengan apa jua cara, "mujur lalu melintang patah!!!". Guna sahaja apa sahaja apa juga cara asal sokongan rakyaat dapat ditagih!!!

Rupa-rupanya jangkaan penulis meleset sama sekali!!!

Dato' Maslan (Timbalan Menteri dan S/U Penerangan UMNO) kata berjuanglah dengan ikhlas dan pertahankan UMNO/BN tetapi pastikan menulis perkara yang benar, kerana kamu akan dipertanggung-jawabkan di akhirat!!!

Dato'  Adnan (Setiausaha Agong UMNO) juga mengutarakan perkara yang sama...

Dato' Sri Najib (PM) pun cakap yang sama....

Dah macam parti agama pulak??? Agak melucukan juga kerana selama ini pada pandangan penulis, UMNO yang selalu dilebel oleh Pas sebagai sebuah parti Nasionalis pasti akan melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa!!!

Tapi itulah sebenarnya UMNO dibawah pimpinan Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak.

Dalam erti kata lain, pengaruh buruk DSAI telah dibersihkan daripada UMNO, itu belum lagi diceritakan bagaimana DSAI mempraktikkan budaya politik wang dan memfarakahkan projek di kalangan kroni beliau.

Maka tidak salahlah jika UMNO selama ini menwarwarkan bahawa perjuangan mereka adalah berdasarkan kepada "Alif, ba dan ta".   Perjuangan untuk memertabatkan agama bangsa dan negara!!!

Sudah tentulah penulis akan membantu selagi ada upaya, Insyallah!!! Mudah-mudahan usaha murni ini dapat diteruskan dan diberkati Allah s.w.t.

1 comment:

  1. Hamba terhambat untuk mengucapkan TAHNIAH yang besar kepada ISAC atas tulisan yang sepontan memberi amaran / peringatan bercanggah arus "... UMNO / BN akan kecundang dalam PRU 13 .."

    Seterusnya hamba sebenarnya benar benar terdorong untuk memetik beberapa catatan lagi daripada tulisan bersahaja lagi terang terangan bersuluh dalam lena yang (leka?) kini. Semuga ketulusan ISAC akan dapat mengejut jaga harimau dan singa dari celah celah taring UMNO yang sedang terasah entah bagaimana kini. Catatan termaksud adalah:

    ".... tetapi pastikan menulis perkara yang benar, kerana kamu akan dipertanggung-jawabkan di akhirat!!! "

    Ini ayat siapa sebenarnya ?? Puak manakah yang biasa melontarkan kata kata itu sebagai satu amaran menakutkan ??

    Bukan perkara aneh dan menghairankan kalau:
    "..... apabila berdepan dengan PKR, jentera UMNO/BN menjadi "lembik" dan seolah-olah kehilangan punca!!! "

    Hamba tidak dapat mengagak faktor apa yang membuatkan ISAC menjadi begitu berani membayangkan finomina biasa dan selalu diterima sebagai benar oleh banyak pihak tetapi selalu menjadi gagal dalam menghadapinya. Hamba digeruni oleh satu konotasi sungguh menakutkan apabila seterusnya dalam tulisan itu hamba terjumpa catatan:

    " ... Penulis berpendapat ini terjadi kerana penyingkiran DSAI daripada UMNO/BN telah menyebabkan mereka yang selama ini dilatih, disusup masuk ke dalam UMNO/BN dan diletakkan di bahagian-bahagian strategik dalam UMNO/BN oleh DSAI telahpun sama-sama meninggalkan UMNO/BN dan menyertai Pakatan Pembangkang terutama PKR dan PAS. Sebab itulah jentera propaganda PKR/Pakatan lebih tersusun, licik, kejam serta tidak takut untuk ......"

    Maka teringatlah hamba kepada kejutan 1999 yang membuatkan ramai sahabat termasuk hamba sendiri menjadi hampir sasau kerana sesungguhnya ramai sahabat sahabat kedaulatan kenegaraan mempunyai berbagai pengalaman berhadapan keadaan di atas itu yang sekaligus membuktikan benarnya tusuk resap jarum jarum halus licik dan ganas yang terjelma oleh situasi tergambar itu.

    Hamba sendiri pun melalui beberapa pengalaman yang mengesahkan betapa jahat dan kejamnya licik tari jarum jarum berhantu dengan seringai taring mereka menggagalkan usaha UMNO / BN yang sesungguhnya pada 1999 itu benar masih perkasa serta masih ramai pejuang sukarela berjajar deret dibelakangnya. Namun jentera beracun dalam UMNO / BN sendiri akhirnya mendorong hamba merumuskan gelodak rasa menghantui emosi itu melalui catatan sebuah sajak tertulis dalam tahun 2000 yang antara lain memperingatkan:

    "... mereka yang pandai menternak musang
    didalam reban bersama ayamnya
    hendaklah pandai juga
    menjinakkan musangnya itu.
    Takut kelak
    ramai ayam dalam reban
    nantinya hilang taji,
    lalu bertaring dan bermisai;
    sehingga menjadi pandai memakan ayam ..."

    Ini adalah sekadar reaksi hamba terhadap catatan seorang sahabat yang cukup cukup menyentuh rasa. Maaflah kerana ia sudah menjadi terlalu panjang. Izinkan hamba menyudahkan keluhan ini dilaman Tok Janggut Keramat yang sudah agak lama tidak berbaja itu.

    Inshaallah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3