bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Oct 2011

Liwat II: Saiful Tidak Pernah Sanjung Anwar - Kata Saksi

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SaifultidakpernahsanjungAnwar_Saksi/Article

2011/10/04

KUALA LUMPUR: Bekas rakan universiti Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa lelaki itu tidak pernah menyanjung Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menuntut di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Saksi pembelaan keenam, Mohd Najwan Ali, 26, yang mengikuti pengajiannya di UNITEN bersama Mohd Saiful dari tahun 2003 hingga 2008 berkata sepanjang pergaulan mereka, Mohd Saiful tidak pernah menjadikan Anwar sebagai idolanya.

Malah Mohd Saiful yang juga pengadu dalam kes liwat membabitkan Anwar, dalam laman sosialnya (friendster) telah memuat turun gambar Anwar dengan meletakkan kapsyen 'Anwar pemimpin munafik'.

Sebelum ini, Mohd Saiful, 26, yang juga saksi utama dalam perbicaraan kes liwat itu, dalam keterangannya berkata Anwar adalah pemimpin idolanya yang diminatinya sejak kecil lagi.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Semasa pemeriksaan utama oleh peguam SN Nair yang mewakili Anwar, saksi itu juga terkejut apabila Mohd Saiful memberitahunya ketika bertemu pada satu ceramah politik pada penghujung Februari 2008, bahawa beliau bekerja dengan Anwar.

Beliau juga berkata, Mohd Saiful dalam laman sosialnya ada bergambar dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Mustapha Mohamed dan Datuk Azalina Said serta Datuk Khairul Anaz Jusoh, pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya merasakan Mohd Saiful tidak layak menjadi pembantu Anwar, kerana kandungan laman sosialnya masih menyokong dan bersimpati dengan perjuangan politik BN, di mana beliau masih mengekalkan gambar-gambar yang diambil dengan pemimpin-pemimpin tertinggi BN," katanya.

Mohd Najwan juga berkata, beliau ada menghantar e-mel kepada Anwar untuk menarik perhatian pemimpin itu bahawa rakannya tidak layak menjadi pembantunya kerana dia lebih menyokong pemimpin BN.

Beliau yang kini bertugas sebagai pegawai di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berkata, Mohd Saiful walaupun tegas ketika menjadi Timbalan Presiden Perwakilan semasa menuntut di UNITEN, lebih menonjolkan sikap "gila publisiti dan perhatian."

Ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mewakili pendakwaan, Mohd Najwan bersetuju bahawa adalah tidak pelik untuk seseorang meletakkan gambar pemimpin ataupun logo parti yang disokong oleh mereka.

Mohamed Yusof: Adakah menghairankan jika Mohd Saiful sebagai pemimpin pelajar mengambil gambar bersama pemimpin? Pelik ke?

Mohd Najwan: Tidak ada masalah dan tidak menghairankan.

Mohamed Yusof: Kamu kata semasa perbualan bersama Mohd Saiful, dia tidak memandang tinggi kepada Anwar?

Mohd Najwan: Beliau kata memang tidak percaya Anwar.

Mohamed Yusof: Kapsyen yang merujuk Anwar sebagai 'pemimpin munafik', adakah Mohd Saiful yang meletakkannya?

Mohd Najwan: Saya percaya Mohd Saiful yang buat.

Mohamed Yusof: Apa awak rasa bila di akhir Februari 2008 Mohd Saiful bekerja dengan Anwar?

Mohd Najwan: Saya percaya dia tidak layak dan tidak 'fit' kerja dengan Anwar. - BERNAMA


Komen Isac;

Setakat nak beri kenyataan macam tu semuapun boleh, persoalannya air mani siapa yang dijumpai di dalam dubur Saiful???

DSAI sendiripun pernah mendakwa beliau tidak kenalkan Datuk Eskay tetapi cuba lihat sahaja foto di atas betapa "akrabnya" mereka....

1 comment:

  1. Oh ini skrip lakunan filem keling. Seperti biasa penulisan skrip dan pengarah oleh Anwar Sivaji Pandikuti.

    Orang sastera. Lebih berkhayal dari fakta.

    Tu mamat ni kata. Bapak Saiful pula apa katanya?

    Mungkin dia kata Saiful dirumah manjang cerita pasal kebagusan Anuwar. Memang dia mengagumi Anuwar. Dalam kagum tak kagum... kena tikam dari belakang dengan daging keras yang bengkok hehehehe

    Keterangan bapak Saiful saja dah 2 kali ganda baik dari mamat ni.


    Apa daa Anuwar... sendiri bagi idea lagi bayar Karpal ka? Baik lu jadi lawyer. Jimat sikit duit Yahudi tu.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3