PANAS ! Lim Guan Eng Londehkan Sekolah Lama Anak Untuk Tutup Isu RM200,000 Cabul Kehormatan Pelajar!! (Sumber klik tajuk)
MiM berharap agar guru besar SMJK Heng Ee dapat menjawab dengan kadar segera tentang satu laporan di dalam suratkhabar berbahasa Cina di mana Lim Guan Eng DAP mengaitkan sekolah tersebut dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar!
Betulkah terdapat gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar-pelajar sehinggakan anak Guan Eng DAP mahu keluar dari sekolah tersebut?
Dan kenapakah portal pro-pembangkang dan akhbar yang lain tidak menyiarkan kenyataan tersebut?
Atau apakah beliau akan mengaku bersetuju dengan Setiausaha Agung DAP itu ? Beranikah?
Yang mana satukah yang betul?
Sila baca :-
Akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily bertarikh 19 November 2011, pada halaman A10 melontarkan kenyataan Lim Guan Eng ekoran dakwaan anaknya meraba pelajar perempuan Sekolah Cina Heng Ee.
Menurut laporan akhbar terbabit, Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan tersebut adalah fitnah dari pemimpin UMNO yang tidak senang dengan kepimpinannya. BACA SINI
Lim Guan Eng menjelaskan bahawa anaknya dipindahkan ke Sekolah St Xavier’s Institution kerana bimbang terjebak dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar.
Alasan itu tidak munasabah kerana bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkannya kepada bloggers dan media sebelum ini bahawa anaknya dipindahkan kerana masalah displin.
Manakala kenyataan media lain menyebut beliau pindahkan anaknya kerana kerana mahu berambut panjang.
Apakah motif sebenar pertukaran sekolah anaknya?
Alasan demi alasan dikeluarkan untuk menutup pekung di dada. Akhirnya sedikit sebanyak ianya akan merungkai kebenaran yang sebenar. seterusnya
Komen Isac;
Pengetua tu cuba untuk membantu "menyelamatkan" imej anak Guan Eng, tapi sebaliknya imej sekolah tu pulak yang cuba "dicemari" oleh Guan Eng.
Bukankah pengetua tersebut bertanggung-jawab jika kegiatan dadah di kalangan pelajar berleluasa di sekolah tersebut tanpa dapat dibendung???
Juga, bukankah selaku KM iaitu orang yang paling berkuasa di Pulau Mutiara, menjadi tanggung-jawab Guan Eng untuk membasmi penyalah-gunaan dadah di sekolah tersebut???
Selain dilihat seolah-olah cuba "mensabotaj" pengetua sekolah tersebut, tindakkan Guan Eng nampaknya semakin menjerut leher beliau sendiri.
gitu kesahnya , remaja gitu sesuai ditempatkan di "Sekolah Seliaan Telok Ayer Tawar", Butterworth. St. Xavier tepat budak budak skima & decent.
ReplyDelete(Matt)