Siasatan terhadap kes ini masih pada peringkat awal. Agak menyedihkan sekiranya Maxis dan Ananda didapati bersalah kerana Maxis diberitakan telah membelanjakan lebih 10 billion sebagai kos mengambil-alih syarikat Aircel dan juga kos menaik-taraf sistem dan infrastruktur syarikat telikomunikai itu.
Jika dalam kes Enron di mana di antara sebab syarikat besar dari Amerika Syarikat itu jatuh bankrup selain daripada masalah dalaman dan pengurusan perniagaan yang tidak telus, penipuan, penyelewengan dan berbagai lagi masalah jenayah perdagangan dan moral pemimpin-pemimpin tertinggi syarikat tersebut, ketidakmampuan Kerajaan India dan kerajaan negeri Maharashtra untuk menjelaskan bayaran mengikut kontrak juga bantahan daripada penduduk tempatan terhadap projek tersebut juga merupakan penyumbang kepada kejatuhan Enron.
Bayangkan setelah membelanjakan hampir AS 3.0 billion kerajaan India gagal membuat bayaran terhadap tenaga yang dibekalkan oleh Enron sebagaimana yang dipersetujui di dalam kontrak perjanjian.
Bayangkan juga apa yang akan terjadi ke atas Maxis, jika kelak mereka didapati bersalah ??? Bagaimana dengan pembiyayaan berjumlah 10 billion yang telah mereka keluarkan???Bagaimana mahu membayar duit pinjaman untuk pelaboran ini???
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.