bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Oct 2011

Namawee Pakai Kemeja T "Fuck The Police" Kenapa Tak Habis-habis Dengan Kontrovesi???

Terus terang bila melihatkan kepada trailler filem "Nasi Lemak 2.0" di Utube, pada pandangan penulis filem tersebut agak menarik, selain diselitkan thema muzikal banyak juga idea-idea Namawee yang dimuatkan di dalam filem tersebut dilihat "boleh dijual" untuk menarik penonton ke panggung.

Tetapi mungkin kerana Namawee yang lebih dikenali dengan sikapnya yang suka mengundang kontrovesi dan suka menyakitkan hati orang-orang Melayu melalui video-video klipnya yang terdahulu, filem tersebut diberitakan "tidak laku". Perlu diakui kebanyakkan penonton wayang gambar di Malaysia ini majoritinya adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Tidak hairanlah jika David Teo mensasarkan filem-filemnya kepada penonton-penonton Melayu sehinggakan ada di antaranya boleh terjual hingga mencecah RM 8 Juta. Secara tak langsung itu membuktikan orang-orang Melayu tidak rasis buktinya David Teo kaya-raya hasil sumbangan mereka.

Walaupun cerita Nasi Lemak 2.0 sebahagain besarnya berbahasa Kantonis, nampaknya orang Cina pun tidak "menyokong" Namawee. Filem yang hanya dirakam menggunakan kamera digital DSLR menampilkan mutu gambar yang baik dan sinemafotografi yang menarik.

Di celah-celah trailler "Filem Nasi Lemak 2.0", muncul pula  klip video Namawee yang menyanyi dengan diiringi oleh seorang pemain biola, malangnya Namawee seakan-akan sengaja mengundang satu lagi kontrovesi dengan mengenakan "kemeja T" tertulis "Fuck The Police".


Walaupun hampir sepanjang masa beliau berpeluk tubuh dan cuba untuk menutup perkataan yang menghina polis itu, tetapi mengapa perlunya beliau memakai "baju T" tersebut??? Apa lagi beliau tahu, klip video tersebut akan ditayangkan di Utube dan boleh diikuti di seluruh dunia.



Diambil dari klip video di Utube Klik sini.

Sebagai orang muda beliau mungkin berdarah panas dan suka meluahkan apa yang ada difikirannya untuk diberitahu kepada umum, walau bagaimanapun demi keharmonian dan dalam kehidupan bermasyarakat, perkara sebegini perlu dielakkan.

Penulis berharap Namawee sedar akan kesilapan-kesilapannya dan tidak lagi mengundang kontrovesi demi kontrovesi untuk kebaikkan semua pihak.

7 comments:

  1. nanti korang dengar la jawapan seperti.. ala, spelling dia bukan 'polis', tapi 'police'. kalo 'police' itu polis luar negara, bukan malaysia... suruh la dia print t shirt 'fuck najib' lak.. kasi try test je.. bila kantoi, alasan dia tu najib lain, bukan pm kita. kan ribu2 orang nama najib kat dunia ni.. hmmm..

    in that case, suruh je dia print t 'fuck the malays' dan jalan2 dan makan nasi lemak antarabangsa 2.0 kat kampong baru tu..

    apa korang rasa dia dapat?

    certain provocation pon ada limit ya.. najib pon tak boleh tolong.. get it?

    ReplyDelete
  2. Dia boleh buat apa je...dia kan anak emas ds najib..najib kata dia penyokong kuat 1Malaysia...

    ReplyDelete
  3. Ini semua pasal Najib dengan NAzri.

    ReplyDelete
  4. itu tulisan fuck thai police bukan nya fuck the police,bodoh betul lah blogger bumiyang ni !!!

    ReplyDelete
  5. mana pergi suara bersih....orang gila ni hina lagu negara ku,hina melayu,kutuk sana sini ,kenapa semua diam?

    ReplyDelete
  6. Malaysia sedang menuju ke arah Negara "Kebebasan Mutlak" yang di cipta oleh Tun Lah dan di laksanakan oleh Najib melalui 1Malaysia.....jangan marah dia...itu pun hanya boleh dilakukan oleh mereka yang bukan Melayu/Islam.....

    ReplyDelete
  7. Anon 2 October 2011 23:55

    Eja "THAI" ada 3 huruf sahaja ke???

    Nanti kata bodoh piang... Marah pulak!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3