Baru-baru ini satu mesyuarat bagi menubuhkan ‘ Himpunan Media Baru 1 Malaysia’ telah diadakan di Kuala Lumpur. Agenda utamanya adalah untuk menghimpunkan semua kumpulan blogger-blogger pro kerajaan serta pengamal-pengamal media social lainnya, facebook dan twitter dalam satu badan. Mesyuarat berkenaan yang diadakan pada malam 29hb September lalu dihadiri oleh 1 Agenda, UMB dan mykmu telah dipengerusikan oleh Dato’ Sharkar Shamsuddin.
Ada pendapat menyatakan usaha ini hanyalah untuk meraih kredit dan bagi kepentingan orang-orang tertentu. Tun Faisal dengan UMB dulu juga ingin melakukan perkara serupa, iaitu mengumpulkan bloggers dan meletakkan dibawahnya yang mana akan melonjakkan dirinya keatas dan dilihat sebagai pemimpin serta pencetus media baru ‘genre’ blog pro kerajaan di Malaysia.
Soalnya mampukan beberapa kumpulan dengan yang berkepentingan tersendiri disatukan? Media Wangsa Maju, Perak Siber Tropper dan Perak Today, AIDC, bahkan Blog House Malaysia dan yang lainnya, mengapakah mereka tidak dijemput sama dan apakah mereka berminat untuk bersama-sama (jika dijemput) kerana sebahagiannya sudah mampu berdiri tegak diatas asas yang kukuh? Apa faedah yang akan mereka dapat dengan menyertai dan duduk dibawah ‘Himpunan’ ini nanti dan selain itu nanti faedahnya untuk siapa?
Banyak pandangan mengatakan bahawa ‘Himpunan Media Baru 1 Malaysia’ telah memulakan langkah yang salah kerana tidak benar-benar dapat menjiwai hati nurani para blogger. Mungkin kerana ianya dikendalikan oleh 'orang politik' dan bukan blogger itu sendiri.
Jika ‘Himpunan Media Baru 1 Malaysia’ mensasarkan sebelum PRU atau khususnya pada November nanti untuk mengadakan program pertemuan dengan PM, dan dalam keadaan yang masih samar-samar serta masih belum mempunyai halatuju yang jelas, adalah diragui bahawa usaha ini akan sia-sia dan menemui kegagalan.
Ada orang berkata; blogger telah berjuang selepas kegagalan BN menguasai 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU lalu dengan penuh kesedaran dan berusaha tanpa apa-apa sokongan dari politikus, namun apabila sudah menghampiri kejayaan maka hadirlah politikus untuk menjulang panji-panji perjuangan dan berdiri diatas blogger sambil menuntut bahawa kejayaan adalah hasil usaha mereka.
Kasihan BPN (Blogger Pembela Negara_ dan AIDC yang tidak langsung dihargai oleh para pemimpin kerajaan sehingga kini.
Kasihan BPN (Blogger Pembela Negara_ dan AIDC yang tidak langsung dihargai oleh para pemimpin kerajaan sehingga kini.
Tun Fesal dulupun pernah perasan dia seorang jeneral dan nak jadikan blogger-blogger sebagai tentera pencacainya, tetapi siapa peduli dengan tun Fesal dan UMBnya? Maka kecundanglah dia dalam angan2, hehe! Baiklah dia jaga saja UMBnya yang dah tak tentu-hala dan tak tentu hala-tujunya itu.
ReplyDeleteOww! Kenapa Gomo dan blogger wangsamaju tak jemput sekali? Kan gomo tu blogger pencacai nombor 1 negara?
ReplyDeleteAlharami betollah diaorang ni, kenapa masa selepas PRU dulu tk nak buat semua ini? kenapa tk nak lawan sibertrooper pembangkang? Bila dah nampak kita dan boleh atasi blogger pembangkang mulalah sibuk nak cari nama dan nak mengampu. Kan elok beri kami grant sumbangan utk majukan media baru dengan cara kami sendiri. Bukankah ini sama dengan apa yang 1 Agenda sedang rancangkan? Mykmu juga sedang rancang program bertemu PM, kenapa nak kacau juga? Orang2 politik nilah yang menjahanamkan umno ni.
ReplyDelete