Penulis memang kurang setuju dengan pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini kerana risaukan implikasi kenaikkan harga barangan keperluan oleh para pengilang, orang tengah dan peniaga.
Sebahagian dari mereka pasti akan menaikkan harga barangan keperluan dengan menjadikan kenaikkan kos pengangkutan sebagai alasan.
Walaupun subsidi Ron 95 dan diesel telah hampir 4 tahun tidak dikurangkan tetapi dalam situasi politik hari ini di mana PR yang kerjanya hanya tahu mencari "salah kerajaan" ataupun mencari kesempatan untuk menghentam kerajaan.... Logik akal dan sebab musabab yang munasabah tidak akan diendahkan.
Pastinya mereka cuma mahu meracuni fikiran rakyaat agar menentang dan membenci kerajaan BN dan seterusnya akan memberikan sokongan kepada mereka.
Di sini penulis cuma berharap agar rakyaat dapat berfikir secara rasional. Jika kita menerima kenaikan inflasi sekitar 5% setahun, tidakkah harga Ron 95 dan diesel juga sewajarnya perlu dikaji dari masa ke semasa???
Jestru jika kita amati kenaikkan sekitar 10% untuk Ron 95 dan 11% untuk diesel selepas 4 tahun adalah sesuatu yang sewajarnya boleh diterima oleh semua.
Berbalik kepada Pengarah Strategi PKR iaitu YB Rafizi, penulis tertanya2....Adakah beliau ini benar2 cerdik atau sebaliknya....
Secara logik, jika seruan beliau agar kerajaan menarik-balik subsidi gas asli kepada pengusaha2 IPP di Malaysia dituruti oleh kerajaan pusat, harga tarif elektrik pastinya akan meningkat berkali berganda. jika ini berlaku bukan sahaja semua isi rumah di negara ini bakal terbeban dengan kenaikkan tarif elektrik secara terus, bahkan semua barangan keperluan pengguna dan perkhidmatan juga akan mengalami kenaikan harga.
Lebih malang kos barangan keluaran kilang2 dari negara kita, termasuklah barangan komoditi akan meningkat harganya dan bakal menjejaskan eksport negara kerana harga yang kurang kompetatif berbanding negara2 lain.
Bila ini berlaku bukan sahaja rakyaat khalayak terbeban dengan peningkatan harga barang keperluan dan perkhidmatan yang tinggi malah ekonomi negara juga boleh lingkup disebabkan hasil eksport yang merundung dan akan terarah kepada penutupan ladang2, kilang2 dan industri2 yang terlibat. Rakyaat kehilangan kerja, pengangguran meningkat, rakyaat tiada wang untuk hidup, kes2 jenayah meningkat dll.
Adakah ini yang kita semua mahukan???
Inikah pemimpin "bijak" yang memperjuangkan rakyaat Malaysia???
Fikir-fikirkan!!!
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.