bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Sept 2013

Menghasut dan Tidak Patrotik - Tian Chua Bakal Didakwa di Mahkamah Tinggi???

Prlu dibicarakan, itulah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Amelia Tee Abdullah berhubung percubaan Naib Presiden PKR Tian Chua mengugurkan tuduhan hasutan kes Lahad Datu terhadapnya.

Ahli Parlimen Batu tersebut sebelum ini menfailkan permohohan bagi membatalkan tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung isu pencerobohan Lahad Datu.

Perbicaraan kes tersebut akan bermula 16 dan 17 Oktober ini.

Bagaimanapun, peguam Tian Chua, Latheefa Koya memberitahu pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Pada 14 Mac, Tian Chua minta dibicarakan selepas membuat kenyataan yang mendakwa pencerobohan oleh pengganas bersenjata dari Sulu, di Lahad Datu merupakan satu konspirasi terancang oleh UMNO untuk mengubah perhatian dan menakut-nakutkan orang ramai.

Beliau berkata ia merupakan satu 'drama' oleh kerajaan untuk menakutkan rakyat dan mengalihkan perhatian terhadap Sabah, berbanding inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai isu projek IC.



Komen Isac;

Semoga kes ini akan membuka mata rakyaat Malaysia siapa PR yang sebenarnya...

Mereka tidak kira akan keselamatan negara dan kepentingan nasional.... Yang mereka pentingkan hanya berpolitik sepanjang masa....demi untuk "merampas kuasa" !!!

Pemimpin2 sebeginikah yang kita katakan lebih memperjuangkan kepentingan rakyaat dan negara???
 

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3