bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Sept 2013

Gagal Capai Matlamat!!! Akar Umbi Pas Setuju Supaya Tahaluf Siyasi PR Dikaji Semula???

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Cadangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib supaya mengkaji semula tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang perlu diperhalusi dan dipercepatkan oleh pemimpin tertinggi demi kepentingan parti tersebut.

Ahli Pas Cawangan Repuh, Arau, Hussin Hassan berkata, cadangan itu perlu dikaji semula untuk melihat apabila Pas berganding dengan DAP, adakah akan memberi jaminan bahawa mereka juga mementingkan Islam.

''Ini kerana kita sentiasa mementingkan perhubungan dalam Islam dan bagi memastikan parti DAP membantu dalam isu yang baik, maka tahaful siyasi ini wajar diadakan segera.

''Saya menyokong sepenuhnya cadangan tersebut dan berharap perkara ini akan diusulkan pada Muktamar Pas demi kebaikan parti," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya mencadangkan agar Pas segera menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi parti itu serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.

Artikel Penuh klik sini.


Komen Isac;

Tahaluf siyasi iaitu perjanjian antara Pas, PKR dan DAP kononnya mengambil sempena perjanjian  Hudaibiyah antara Rasulullah s.a.w dan Musyrikin Mekah. Satu perjanjian yang zahirnya berat sebelah tetapi akhirnya memberikan kemenangan kepada umat Islam sehingga memungkinkan pembukaan kota Madinah.

Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah s.a.w. Sementara pembukaan kota Mekah berlaku setelah lapan tahun berhijrah ke Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. beserta 10.000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah pada 10 Ramadhan 8 H bersamaan Januari 630 M.
Kalau dilihatkan kepada Tahaluf siyasi/perjanjian antara Pas, PKR dan DAP ni telah dicapai sejak sebelum tahun 2008 lagi atas nama "Pakatan Rakyaat" yang sebelum itu pernah bergabung atas nama "Barisan Alternatif" pada tahun 1998 dan akhirnya berpecah pada tahun 2004.

Kalau dikirakan daripada tahun 1998, ianya telah lebih 15 tahun barisan pembangkang disatukan dan jika dikira sejak 2008 sekurang2nya telah 5 tahun Tahaluf siyasi/perjanjian antara Pas, PKR dan DAP ini berlaku tetapi masih tidak ada tanda2 Pas akan dapat menegakkan negara Islam melalui PR sebagaimana laungan mereka sejak ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu.

Sebaliknya semakin banyak perkara2 berkaitan Islam terpaksa Pas korbankan demi menjaga hati pengundi2 dan pemimpin2 dalam PR.

Parti yang mendakwa mengikut Al Quran dan As Sunnah ini masih gagal mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. yang berjaya membuka kota Mekah hanya 2 tahun selepas perjanjian Hudaibiyah. Masih gagal selepas ber Tahaluf siyasi melalui "Barisan Alternatif" selama 15 tahun dan juga masih gagal setelah bersama "Pakatan Rakyaat" selepas 5 tahun.

Ironinya jika melalui Perjanjian Hudaibiyah Kaum Musyrikin Mekah berjaya samada ditumpaskan ataupun diislamkan, melalui "Pakatan Rakyaat" perjuangan Islam Pas dilihat semakin terhakis...

Jestru tidakkah Tahaluf siyasi ini dikaji dan perlukan penilaian semula???


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3