bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Sept 2013

Isu Lahad Datu Tian Chua Bakal Dibicarakan 16 dan 17 Oktober!!!

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan dua hari bermula 16 Oktober untuk perbicaraan kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang didakwa kerana menghasut berhubung isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya, dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri dan peguam Latheefa Koya, yang mewakili Tian Chua. 

Latheefa ketika ditemui pemberita, berkata mahkamah menetapkan 16 dan 17 Oktober untuk perbicaraan, sementara menunggu keputusan berhubung permohonan Tian Chua bagi membatalkan pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi di sini pada 26 September. 
Pada 14 Mac lalu, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut, termasuk menyatakan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat. Artikel penuh klik sini.

Komen Isac;


Mungkin wajar buat pendawaraya nanti bertanyakan kepada Tian Chua, apakah yang dibuatnya di Manila sebelum pencerobohan oleh Pengganas Sulu berlaku???
Suatu yang menarik untuk mendapat penjelasan daripada beliau adakah sekadar suatu kebetulan ataupun sememangnya beliau pergi berjumpa dengan Sultan Kiram III atau wakilnya di Manila sebelum pengganas2 Sulu menyerang Lahad Datu. Jika ianya benar hanya beliau sahaja yang tahu motif perjumpaan tersebut....

3 comments:

  1. Semoga kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi memandangkan ia adalah isu yang menyentuh kedaulatan dan keselamatan negara dan bukan sekadar "petty talk" atau gurauan.

    ReplyDelete
  2. Sultan Kiram mau duit je kita julap duit tu Dia londeh habis sapa yang merancang... 0.50 sen nak jadi apa.?

    ReplyDelete
  3. Sandiwar war lagi lepas jugak akhirnya tak caya tungguuuuuuuuuu?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3