Malaysia menjadi perhatian antarabangsa sekali lagi apabila kerajaan merancang mempersembahkan teater muzikal yang menolak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di sekolah dan universiti.
Langkah itu diambil walaupun pementasan karya berjudul Asmara Songsang itu di Istana Budaya bulan ini menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak.
Akhbar berpengaruh British The Guardian melaporkan, karya itu berpotensi mencetuskan perasaan kebencian.
Penulis dan pengarah filem itu, Rahman Adam, 73, memberitahu harian itu, mereka mensasarkan untuk mendidik remaja dan ibu bapa berhubung keburukan LGBT.
"Di Malaysia hari ini, kamu baca banyak perkara berkaitan LGBT... kerana (LGBT) masuk ke sekolah dan mempengaruhi kanak-kanak," beliau dipetik sebagai berkata.
Justeru, katanya. Walaupun gejala itu masih tidak serius, tetapi tindakan perlu diambil segera kerana ia buruk dan tidak boleh diikuti.
Asmara Songsang dipentaskan percuma pada 1 dan 2 Mac lalu.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.