Terbaru mantan salah seorang pengasas parti PKR, Ng Lum Yong mendedahkan mengenai satu email yang diterima dari salah seorang kenalannya di Manila. Menurut Lum Yong, kandungan email tersebut antara lainnya mengatakan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah telah dibiayai oleh SUARAM, salah satu NGO yang berdaftar di Malaysia.
Lum Yong mendakwa, rakannya itu turut mendedahkan sebanyak USD 2 juta telah disalurkan oleh SUARAM kepada kumpulan tersebut untuk membuat rancangan dan anasir jahat di Lahad Datu.
“… semua benda telah dirancang, saya terima satu email dari Manila (yang mengatakan) insiden di Lahad Datu dibiayai oleh sebuah NGO tempatan (sebanyak) 2 juta USD. Dan NGO yang dimaksudkan ialah SUARAM” dedah beliau ketika menyampaikan ceramah di Dataran Bukit Antarabangsa baru-baru ini.
Sekiranya dilihat dari fakta sebelum ini, dakwaan Lum Yong ini ada asasnya. Ia berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap Suaram berhubungdakwaan menerima dana asing sebanyak USD 100 juta sejak dari 2007 dari Yayasan Open Society Institute bagi menganjurkan protes jalanan.
Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan yang terperinci dan mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit sekiranya dakwaan ini terbukti benar!!! Sumber klik sini.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.