Apa yang Timbalan DS Najib dan sebahagian dari kita perlu lihat semula daripada sejarah....
Apabila Tengku Razaleigh Hamzah dilihat mempunyai cita2 terhadap kerusi PM....Beliau telah dikaitkan dengan Sekandal BMF - Carrian dengan kerugian anak syarikat Bank Bumiputera sehingga memcecah nilai RM 52 billion ringgit sekitar awal 80an dan skandal yang telah meragut nyawa seorang juruaudit kanan bank negara. Sehingga kini skandal tersebut masih tergantung.
Anehnya selepas skandal tersebut walaupun Tengku Razaleigh Hamzah tidak lagi berada di dalam kerajaan, tetapi kerajaan tetap terpaksa menyuntik tambahan modal bernilai ratusan juta sebanyak beberapa kali ke dalam Bank Bumiputera dan juga projek2 kerajaan yang lain seperti Perwaja Steel yang mengalami kerugian!!! Lagipun mana mungkin PM sebijak dan sehandal Tun Mahathir tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya??? Adakah ini cukup untuk membersihkan nama Tengku Razaleigh??? Malah Jika 1MDB dikatakan mendapat tanah yang murah daripada kerajaan, apa bezanya GLC2 lain di zaman Tun seperti MRCB, Renong, UEM, TH, KWSP dll???
Tan Sri Musa Hitam pula akhirnya meletak jawatan TPM, katanya gara2 tekanan pucuk pimpinan. Beliau akhirnya menyatakan sokongan terhadap Tengku Razaleigh dalam pertembungan Team A lawan Team B pada tahun 1987. Tetapi akibat karier beliau yang terpalit sebagai Menteri Dalam Negeri yang memberi arahan dalam Peristiwa Berdarah Memali perjalan politik beliau terhenti di situ. Anehnya mana mungkin seorang PM sebijak dan sehandal Tun Mahathir tidak tidak dapat mengawal apa yang berlaku di dalam negara yang ditadbirnya??? Adakah tuduhan tersebut boleh membebaskan Tun dari turut bertanggung-jawab?
Tun Ghafar Baba seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang begitu berjasa kepada Tun Mahathir kerana telah berjaya mengumpulkan kekuatan pemimpin veteran di dalam persengketaan Team A dan Team B, akhirnya tersungkur dek permainan politik Anwar Ibrahim, anak didik Tun Mahthir dan hasilnya DS Anwar dapat menjawat jawatan TPM dalam masa yang singkat. Jangan kata Tun Mahathir tidak tahu strategi dan perancangan Anwar??? Mana mungkin PM sebijak dan sehandal Tun Mahathir tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya??? Adakah perbuatan Anwar itu sebenarnya mendapat perkenan Tun Mahathir???
DS Anwar pula yang dilihat sedang menyaingi populariti Tun sekitar 1998 akhirnya dipecat dari jawatan dalam kerajaan dan UMNO kerana didakwa terlibat dalam hubungan seks bebas dan aktiviti liwat. Sekali lagi mana mungkin PM sebijak dan sehandal Tun Mahathir tidak tahu apa yang dilakukan oleh timbalannya??? Adakah aktiviti luar tabii yang didakwa dilakukan Anwar itu sebenarnya sememangnya diketahui oleh Tun Mahathir sejak awal???
Jestru kecualilah jika pembunuhan Antantunya yang menggunakan bahan letupan C4 demi untuk menghapuskan bukti dapat dikaitkan dengan DS Najib di mahkamah, penulis merasakan timbalan DS Najib dan pemimpin2 pelapis Umno yang lain bolehlah tidur lena saban malam kerana Dato' Seri Najib tidak sekeras Tun Mahathir di dalam menangani musuh2/lawan politik beliau.
Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk melontarkan pandangan penulis bahawa penggunaan C4 bagi melupuskan bukti tubuh mangsa pembunuhan bukanlah suatu tindakan professional dan bijak. Tidak mungkin jika ianya satu konspirasi pembunuhan peringkat tertinggi para konspirator tidak dapat memikirkan bahawa walaupun tubuh seseorang telah diletupkan sisa tinggalan seperti darah, tulang belulang dan susunan gigi masih boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mengaitkannya dengan suatu kes pembunuhan dan pengenalan identiti.
Jesteru sewajarnya lah...timbalan dan pemimpin2 pelapis Umno berganding-bahu untuk mempertahankan Najib di atas pendekatan sederhana beliau dan tidak menggunakan undang2 demi mempertahankan kedudukan peribadi beliau. Pendekatan sederhana DS Najib sesiapa sahaja boleh menjadi PM sekiranya diterima rakyaat. Malah negara tidak memerlukan persengkataan dalaman dan pendekatan berpolitik sepanjang tahun sebagaimana yang dipraktikkan oleh pakatan Rakyaat. Jadi janganlah terbawa2 dengan pendekatan mereka.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.