bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 May 2015

Permatang Pauh - Keputusan PRK Buktikan Ianya Hak Mutlak Keluarga Anwar???



Keputusan perbicaraan LIWAT 2 dilihat tidal sedikitpun mencalarkan sokongan pengundi2 kepada keluarga Anwar....

Walaupun Wan Azizah pernah meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar sebaik dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman LIWAT 1, dengan memberikan alasan untuk menjaga cucu.....Pengundi2 Permtang Pauh tetap setia dengan keluarga Anwar....

Selain faktor kesetiaan penulis percaya faktor isu2 di peringkat nasional spt. M1DV, gaya hidup PM dan isteri, GST dll. juga telah menyumbang kepada kegagalan BN untuk merampas kerusi parlimen Permatang Pauh.

Semoga semua pihak yg terlibat belajar sesuatu sebelum PRU 14 nanti!!!

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pkr-majoriti-undi-terjejas-sebab-hari-bekerja-1.387879

3 comments:

  1. Kebetulan isu2 national yg meresahkan rakyat terutama gst berjaya di manafaat pembangkang untuk mengelirukan rakyat..selain sendiwara pas konon memboikot pkr atas tolakan isu hudud tapi tetap tak mahu bn menang..

    ReplyDelete
  2. Assalam Alaikum.

    Permatang Pauh membuktikan UMNO kekal lembik dan bodoh, GAGAL dalam strategi menangkis propaganda dan perang saraf PR.

    Berjayanya PR khususnya PASngok dan PGayR hanyalah bertalian hayatkan isu-isu nasional yang gagal di terangkan dengan bijak oleh UMNO BN

    Isu Felda, GST, 1MDB.. terlalu susahkah UMNO.. khususnya Najib nak jelaskan dengan ayat2 mudah seperti ceramah... ayat2 org kampung mudah faham.. untuk tangkis fitnah dan propaganda PKR dan PAS?

    Isu FGV Felda, penerangan berfakta mematah terus fitnah pembangkang boleh dibuat dengan menghantar buletin khas kepada selurugh peneroka.. biar nampak remeh tapi itu menandakan kesungguhan Kerajaan menangkis fitnah drpada menjadi WABAK...


    Cuba fokus serangan pada PKR dan PAS dulu... fahami strategi mereka.. gaya dan black ops mereka.. then baru serang balas.. usah fikir DAP lagi..

    Bagaimana mereka hidupkan isu nasional dlm jiwa pentotok mereka sehingga rumah sendiri senget pun takpa..Anwar tak jenguk pun takpa.. janji UMNO mesti tumbang.. apakah resepi mereka??



    Berkali-kali PRK dan PRU tapi pemikir dan pelaksana dalam UMNO BN tetap lemah membaca dan memahami keadaan otak pentotok PR.. khususnya PKR dan PAS.

    Mereka telah ditanam dengan amat SUBUR doktrin -ASAL BUKAN UMNO BN- dan doktrin ini AMAT BERJAYA.. tanpa PR perlukan apa2 modal besar untuk taburkan kepada penyokong mereka..

    sebaliknya hanya dengan strategi menjawab dan mengisi minda penyokong mereka secara berterusan. Melalui media mereka.. cara mereka mengeksploitasi satu2 isu nasional amat bijak..

    MALANG.. org2 UMNO atas2 ni PEKAK BADAK.. tak reti2 nak jawab secara perang saraf..

    Contoh : bila kalah BN hari ini.. Statement pemimpin UMNO.. stereotaip.. defensive.. lemah lembik.. menjatuhkan moral jentera BN...

    cuba lihat ayat2 pemimpin pembangkang bila mereka kalah? mereka SAMASEKALI tidak menjatuhkan moral penyokong dengan menyalahkan diri mereka..

    sebaliknya mereka akan terus mengapi dan menanam saraf yang lebih kuat.. menyalahkan lawan mereka seperti pengundi hantu.. SPR.. Polis.. Rasuah BR1M... betul atau tak isu soal kedua.. tapi strategi moral dan perang saraf mereka cukup kuat berterusan..

    UMNO BN?? lembik.. pemalas.. konon cuba nak melagakan jentera PAS dan PKR.?? Media tak digunakan.. ayat2 yang menjawab tuduhan dan fitnah seperti skrip budak tadika.. tidak tajam.. tidak ada kreativiti melawan gaya serangan PR..

    Contoh, bila BN kalah hari ini.. setidak2nya Najib atau Muhyiddin kena 'kering' lidah sikit sebut..." PR memenangi PRK Permatang Pauh dengan propaganda fitnah yang penuh jahat kepada UMNO BN dan ketaksuban yang ditanam membabi buta.."

    bukan dengan ayat... begini.. " Kita Terima Kekalahan dengan hati terbuka..Kita kaji kelemahan.. Jentera kita tidak cukup kuat berkerja.. kita kurang..itu.. kita kurang ini..." UWEEEKKKKK... pondan nk lawan jantan...

    gaya UMNO mcm PONDAN.. itu pasal kalah hanya dengan mainan propaganda fitnah.. PR tak perlu buat apa2 untuk majukan rakyat.. hanya cukup dgn modal air liur busuk memutar alam ... jadi apasalahnya BN guna semula modal tersebut disamping buat jasa pada rakyat.. baru buku temu ruas...


    Najib.. Muhyiddin.. dan pemimpin2 UMNO sudah expired... takde taring lagi... sikit je kena cucuk.. kena fitnah.. kena saraf habis gelabah tak tau nak serang balik... lumpuh semuanya.. simpanan tetap pun boleh mula hangus..


    itulah UMNO.... buat baik beribu pun tapi tak bijak melawan fitnah..akhirnya makanlah dengan fitnah tu..


    ReplyDelete
  3. Menang atau kalah tak akan mengubah apa apa mengenai GST atau pelepasan ANWAR dari Penjara...Tanggung dan fikir fikir lah sendiri. Malaysia tetap menuju wawasan 2020..LEMBU LEMBU yg keciwa tetap keciwa, peniaga cina dan pemborong cina tetap kaut keuntungan juga..ANWAR tetap meringkuk sungai buloh juga..yg rugi LEMBU PAS dan penduduk permatang pauh..selamat BERBELANJA DGN GST 6%.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3