Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji yang disandang sejak 2013.
Beliau yang dikecam hebat berhubung pembelian tanah daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange seluas 1.5 ekar pada harga sekitar RM 188.5 juta.
Walau bagaimanapun menurut Abdul Azeez, beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merugikan TH kerana sepanjang penerajuannya beliau juga telah membuktikan kredibiliti apabila berjaya meningkatkan jumlah dividen kepada pendeposit2 di TH.
“Sebelum ini, TH bayar dividen 5.5 peratus. Alhamdulillah, secara kebetulan sejak saya jadi pengerusi dan rakan-rakan lain dalam lembaga pengarah sertai TH, kita bayar dividen 6 peratus (bonus tahunan) tambah 2 peratus (bonus haji) jadi 8 peratus pada 2013.
“Tahun lalu pula kita bayar 6.25 peratus (bonus tahunan) tambah dua peratus (bonus haji) sebanyak 8.25 peratus,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.