Isu subsidi kepada IPP/Janakuasa Elektrik Persendirian masih membelenggu kerajaan BN hasil warisan tindakan kurang bijak Tun Mahathir.
Cas perkhidmatan bank 6% (GST) sewajarnya diserap oleh pemain2 bank negara dan bukannya dibayar oleh pengguna tetap diaggihkan kepada para pengguna.
Kini timbul pula isu kad pra-bayar dan para Telcos dilihat bertegas tidak mahu tunduk kepada saranan kerajaan agar mereka menyerap cas GST.
Bagi penulis bila isu survival timbul dan nasib rakyaat malah nasib kerajaan juga dilihat seperti, "telor dihujung tanduk", pihak kerajaan perlu tegas!!!
Pemain2 dalam industri yang telah diberikan pelbagai kemudahan malah sesetengahnya memperolehi lesen operasi yang lebih bersifat monopoli kadang2 mereka ini juga perlu "diugut" supaya tunduk demi kebaikan rakyaat dan negara.
Mungkin telah sampai masanya kerajaan mengambil kaedah drastik sebagaimana yang diambil oleh kerajaan India dan kerajaan negeri Maharashtra yang menafikan kontrak IPP di Dhabol, Maharashtra yang dimiliki oleh syarikat Enron syarikat gergasi milik AS di sekitar tahun awal 90an yang menyaksikan "sovereign risk" /maruah dan kepentingan negara telah diutamakan berbanding kontrak yang ditandatangani dengan pihak pemilik konsesi.
Penulis bukannya menghasutkan tetapi sewajarnya pemain2 konglomerat ini juga sedar diri dan tidak hanya mementing diri mereka sahaja!!!
posted from Bloggeroid
Sepatutnya Celcom yg milik GLC x perlu mengenakan caj GST tersebut..jangan terikut2 dgn Maxis UMobile Digi yg mengayakan individu sahaja
ReplyDelete