PERLAWANAN persahabatan antara Malaysia dan Vietnam dilihat seimbang apabila masing-masing terikat seri tanpa jaringan dalam saingan separuh masa pertama.

Perlawanan sedang berlangsung di Stadium My Dinh.

Tuan rumah hampir memperoleh jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi penyerang Vietnam. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Susulan serangan pasukan tuan rumah, pasukan pelawat melakukan serangan balas, namun hantaran Safee Sali kepada Norshahrul Idlan Talaha berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Vietnam pada minit ke-10.

Vietnam yang mendapat sokongan padu daripada penyokong hampir mendahului lawan menerusi penyerangnya pada minit ke-20, tetapi gagal disudahkan apabila tendangannya tersasar.

Pasukan pelawat bagaimanapun masih tidak berputus asa dan membuat beberapa percubaan bagi mendapatkan gol, begitu pun setiap asakan Malaysia tersasar.

Pada minit ke-29, hantaran Kunalan kepada Norshahrul diterima dengan baik tetapi asakan pemain Vietnam telah menghalang kemajuan di sayap kiri.

Selepas itu, penyerang Vietnam pula melepasi benteng pertahanan Malaysia dan melepaskan rembatan tetapi gagal membolosi gawang apabila tendangan terlalu tinggi pada minit ke-39.