bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Nov 2012

Larangan Memancing di Jambatan X Adil?





Larangan memancing di jambatan selalu menjadi rungutan masyarakat kelas bawahan...Walaupun umum tahu ianya bahaya tetapi kerana kurangnya fisiliti dan tempat memancing di kawasan laut/kuala sungai ianya adalah suatu pemandangan yang biasa. Lihat sahaja jambatan2 seperti di bandar Muar, Batu Pahat, Endau, Kuala Rompin, Klang, dll.


Mungkin di masa hadapan pihak kerajaan perlu merekabentuk jambatan2 yang mempunyai tempat ataupun ruangan untuk para pemancing.

Pihak berkuasa tempatan juga mungkin boleh menggalakkan pemilik2 fisiliti persendirian maupun kerajaan seperti jeti, Marina, dermaga dll membuka tempat tersebut kepada pemancing di waktu malam dengan mengenakan caj minimum antara RM 5-10.

Antara rungutan pemancing2 di jambatan terutamanya penduduk berdekatan, mereka tidak mampu untuk pergi ke kelong, menyewa bot atau ke pulau2 berdekatan setiap kali ada masa terluang apalagi hobi memancing tersebut telah menjadi rutin harian mereka. 

Antara rungutan pemancing2 tegar yang penulis temui, jika kemudahan2 untuk aktiviti2 lain boleh di sediakan oleh pihak kerajaan  seperti padang golf, bolasepak, hoki, futsal, gelanggang badminton, sepak takraw dll, kenapa tidak fasiliti tempat memancing di laut/kuala sungai juga diberikan perhatian. 

Jestru aktiviti sihat sebegini wajar dibantu oleh pihak kerajaan agar ianya dapat digalakkan dan dilakukan dengan selamat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 comments:

  1. ye tak ye jugak. bagus idea tu. wajar sgt dibawa utk pertimbangan kerajaan. reka bentuk baru jambatan selepas ini pasti sgt menarik dan tersendiri. aku sokong 100% ...

    ReplyDelete
  2. Kalu mampus kena langgar sapa nak tanggungjawap, ikan tu ke atau joran tu ? banggang lah kau nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro selain hobi, sesetengah masyarakat bawahan ini menggunakan peluang tersebut untuk mencari lauk ataupun sumber kewangan tambahan. Jika Allah s.w.t. memberikan kita pilihan,seperti menghalalkan nikah kahwin dan mengharamkan zina, menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba contohnya mengapa kerajaan tidak boleh dicadangkan untuk memberikan pemancing2 kelas bawahan ini peluang untuk memancing dengan selamat??? Sebagai warganegara mereka juga perlukan perhatian dan pembelaan.

      Delete
  3. baca betul betu papan tanda tersebut, maksudnya adalah dilarang memancing atas jembatan diulangi lagi DILARANG MEMANCING DI ATAS JAMBATAN!. DIATAS JEMBATAN? so oklah memancing dari situ dan labuhkan pancing kedalam sungai kat bawah jembatan.. bukan pancing atas jambatan orang pancing dalam sungai..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3