bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Nov 2012

Liga Malaysia Bukan Liga Bolasepak!!! Tak Ada Standard???


Masih ingat wajah jurulatih ini???

Pada era B. Sathianathan menyaksikan bolasepak malaysia mula bernafas sedikit. Peminat mula tersenyum tatkala kejohanan kecil iaitu pestabola merdeka berjaya di takluki. Namun prestasi Malaysia terus tidak konsisten di bawah sathia. Kekalahan 5-0 kepada UAE dalam kelayakan piala asia menyebabkan beliau mengundurkan diri. 

Sathianathan pernah meluahkan kekecewaan beliau dengan mengkritik secara lantang bahawa ''liga malaysia bukan liga bolasepak''. Tiada pemain2 yang boleh diketengahkan diperingkat nasional.

Daripada nada sinis oleh bekas jurulatih sendiri ''liga malaysia bukan liga bolasepak''  "the special one" berjaya membuktikan sebaliknya dan pasukan bolasepak Malaysia mula dikemudi dan berhasil memenangi piala kejuaraan..

Orangnya tak lain dan tak bukan ialah Dato' K. Rajagopal. Membawa Malaysia merentasi ranjau sukar di peringkat kumpulan sukan sea 2009 di Laos ialah satu perkara di luar jangkaan peminat. Kemenangan mengejut Malaysia mengatasi Thailand 2-1 hasil ledakan penyerang berbisa lagi berbahaya iaitu Fakri Sakrani. Malaysia kemudiannya muncul pemenang emas hasil kerana sikap menunjuk2 kehebatan sendiri oleh penjaga gol vietnam yang terlupa kualiti pasukan Rajagopal. Dari situ beliau tidak menoleh lagi ke belakang dan akhirnya meneruskan legasi penguasaan dengan menjuarai piala AFF.

King Gopal membuktikan kewibawaan beliau selepas membawa Malaysia merentasi lautan gelora bung karno dan kemudiannya memenangi piala AFF walaupun Malaysia ketika itu tempang dan berdepan dengan masalah kecederaan pemain bintang yang teruk. Disinilah terserlahnya kebijaksanaan beliau yang telah mencampukkan beberapa pemain senior dan anak2 buah beliau yang kebanyakkannya datang dari skuad harimau muda yang memenangi pingat emas sukan Sea 2009. 

Rajagopal berjaya membawa cara permainan baru kepada skuad Malaysia. Dimensi bolasepak era baru Malaysia mula bersinar. Jika skuad Sukan Sea 2009 lebih banyak bertahan, Harimau Malaya sudah tidak malu-malu merembat dari jauh malah tidak gentar menggelecek .Kalau dibandingkan dengan kempen kelayakan piala asia sebelumnya persembahan skuad negara cukup memalukan. touch bola  hilang, touch bola hilang..

Rajagopal berjaya menerapkan corak permainan pantas dalam menyerang. Bahagian sayap juga di manfaatkan dengan cukup baik, malah ada yang mengatakan mirip corak permainan kelab-kelab sepanyol. Walaupun perlawanan pertama Malaysia tewas kepada Indonesia 5 : 1 di peringkat kumpulan
piala AFF akhirnya berjaya dimenangi oleh skuad Raja Gopal untuk Malaysia buat pertama kali. 

Peminat harus sedar, buat masa ini tak semua nama yang di canang dan hebat beraksi di liga mampu beraksi sehebat itu di peringkat international. Berilah peluang kepada skuad negara. 

Doa dan sokongan rakyaat kini betul2 diperlukan!!! Janganlah hanya tahu mengkritik ketika kalah dan bersorak ketika menang!!!

Sebahagian tulisan dinukil daripada sini.

2 comments:

  1. faktor penentu menang / kalah dlm sesuatu game itu adalah pemain pemain itu sendiri...coach tak ada di padang masa game on...pemain la yg menjadi faktor penentu kalah / menang....
    kalau pemain sudah gila glamour mcm artis/ selebreti,mula la main mcm budak tadika.. hantarlah mana coach pun, tak akan menang punya...

    ReplyDelete
  2. Coach pun main peranan juge.. Mana yg x perform tu.. Kena la tukar jgn letak atas pdg je...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3