Apabila rakyaat negara2 Arab bangun memberontak dan menentang kerajaan2 yang memerintah mereka, parti2 politik pembangkang turut bersorak dan menyokong mereka. Harapan mereka cuma satu, agar kerajaan Umno/BN juga dapat ditumbangkan dengan cara yang sama. Jestru tidak hairanlah jika mereka sentiasa sahaja melakukan rapat-rapat umum untuk membangkitkan kemarahan rakyaat terhadap kerajaan yang memerintah.
Malah apabila kerajaan Syria juga diserang oleh pemberontak beberapa NGO termasuk Abim juga menyokong mereka. Alasannya kerajaan yang ada zalim. Kerajaan yang ada hanyalah minoriti yang berfahaman Syiah. Isu Syiah dan Sunni dipermain dan diperbesar-besarkan.
Adakah negara2 Arab yang telah menjatuhkan pemimpin2 mereka sebelum ini seperti Iraq, Mesir dan Libya lebih baik keadaan mereka berbanding ketika diperintah oleh kerajaan yang telah digulingkan???
Apa pula alasan NGO2 yang menyokong pemberontakkan2 ini terhadap peranan yang dimainkan oleh askar2 upahan yang dipercayai daripada A.S. yang sebenarnya memainkan peranan besar mencetuskan pemberontakkan bersenjata di Mesir, Libya dan Syria??? Bahkan Turki dan Arab Saudi dikatakan turut membekalkan senjata kepada pemberontak2 dan Iran pula di lihat menyokong kerajaan Syria. Dunia Islam semakin berpecah-belah!!!
Tidakkah kita terfikir polemik ini sengaja dicetuskan oleh pihak2 berkepentingan agar umat Islam sentiasa berbalah sesama sendiri sebagaimana pendekatan penjajah barat sejak dahulu lagi iaitu "pecah dan perintah" ?
Umum mengetahui dengan kejatuhan Iraq, Iran menjadi satu2nya negara Islam yang berupaya membina bom nuklear. Dengan sekutu rapatnya iaitu Syria yang kini diambang perang saudara, Israel serta pihak Barat akan dengan mudah dapat menewaskan Iran. Di tambah lagi dengan keadaan tidak stabil di kebanyakkan dunia Arab.
Kini bumi dan rakyaat Palestine dibom lagi oleh rejim Israel. Jika dahulu Iran dan Syria merupakan antara penyokong kuat rakyaat Palestine melalui Hizbullah, kini akibat masalah dalam negara sendiri bantuan tidak kunjung tiba. Tindakan serangan Israel terhadap Palestine sewajarnya dijadikan "wake up call???" untuk dunia Islam.
Mana sumbangan negara Turki yang kononnya didokong oleh sebuah parti Islam, terhadap dunia Islam??? Perlembagaan mereka sendiri yang tidak Islamik pun tidak mampu mereka tukarkan!!!
Hendak mengharapkan kepada Arab Saudi??? Pemerintah yang menjaga dua masjid suci Islam??? Arab Saudi adalah sekutu rapat Amerika dan Amerika pula adalah penyokong kuat dan pelindung segala tindakan dilakukan oleh Israel.
Perlu diingat pemerintah Arab Saudi yang ada sekarang adalah boneka yang dilantik Barat dari kalangan kaum nomad setelah menghalau pemerintah asalnya ke Jordan. Jestru mana mungkin mereka ini sanggup menongkah arus dan melawan kehendak Barat.
Jestru walaupun pembunuhan di Palestine begitu pahit untuk kita telan, sewajarnya kita jadikan iktibar untuk bersatu!!! Pengajaran dan harganya yang begitu mahal!!! Itulah yang bakal terjadi terhadap seluruh dunia Islam jika kita terus berpecah-belah!!!