bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Sep 2012

Majoriti Rakyaat Malaysia Meluat Melihat Karenah Penyokong Pembangkang!!!



KUALA LUMPUR: Perbuatan memijak gambar pemimpin negara serta mempamerkan bendera baru kononnya pengganti kepada Jalur Gemilang menunjukkan ketidakmatangan penyokong pembangkang dan menambahkan kebencian rakyat kepada mereka. 

Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Kuala Muda, Kedah Ahmad Fayadh Abdul Manap, berkata insiden itu tidak patut berlaku meskipun rakyat di negara ini bertentangan haluan politik.
"Rakyat harus sedar bahawa pemimpin negara dipilih oleh mereka sendiri melalui sistem demokrasi. Sebagai rakyat kita harus hormat kepada pemimpin dan sama sekali tidak wajar untuk kita memperlakukan pemimpin negara seperti itu.

"Berhubung isu mempamer bendera lain sebagai pengganti kepada Jalur Gemilang, mereka ini harus sedar bahawa Jalur Gemilanglah lambang kemegahan kita dan bendera yang selama ini menyatukan rakyat Malaysia yang majmuk di bawah satu payung negara," katanya kepada Bernama.  Sumber klik sini.

1 comment:

  1. Ini semua silap kita sendiri kerana selama ni kita membenarkan perkara seperti ni berleluasa kepada pemimpin pembangkang.sebagai contoh gambar Lim Guan Eng telah acap kali di pijak,di koyak serta di bakar dengan gembiranya oleh pelaku tersebut tanpa apa apa tindakan, sebaliknya akhbar mainstream seperti menyokong tindakan tersebut sehinggalah semasa Ghani menghadiahkan kek berbentuk taik juga di puji....terkemudian gambar Nik Aziz di kencingkan dan acara PR di Kelang tempohhari di ganggu sehinngakan motorsikal di pandu kedalam dewan serta perkataan lucah serta mengancam di keluarkan tanpa rasa takut atau bersalah.dan yg terbaru bas PKR di simbah cat serta di pecahkan cermin depan...kita tidak akan terkejut jika suatu hari nanti apabila acara di jalankan oleh BN/UMNO akan turut di ganggu dgn lebih dasyat lagi seperti memandu kereta formula F 1 kedalam dewan atau waima lori sekalipun........jadi selama ni kita telah membiarkan perkara yg tak masuk akal di pergunakan maka sekarang secara perlahan kita dapat balik hasilnya.....PERUMPAMAAN INGGERIS ADA MENGATAKAN" YOU REAP WHAT YOU SOW" .....Di sini saya sarankan hentikanlah perbuatan ug tak masuk akal ni dan PDRM haruslah bertindak mengekang perkara tersebut dgn mengambil tindakan pre emptif......agar pergaduhan tidak tercetus.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3