bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Sept 2016

PRU 14 - Pertandingan 3 Penjuru Atau 2 Penjuru PAS Bakal Jadi Kuasa Penentu???


Kerjasama dengan Pakatan Harapan.....Memang dengan adanya DAP dalam gabungan tersebut, tiada maaf bagi mu!!!

Apa lagi dengan adanya serpihan PAS (terbaru_ tajaan DAP iaitu PAN. Pastinya PAS akan terpaksa banyak mengalah dan memberikan laluan untuk PAN bertanding di kawasan2 tradisional milik PAS. Ini kerana DAP dan PKR pasti X akan membenarkan atau hanya akan memberikan sedikit sahaja laluan buat PAN bertanding di kawasan tradisional milik mereka.

Itulah sifat "tamak" anggota gabungan PH sebenarnya.....

Mereka cuma mahu mempergunakan akar-umbi PAS untuk memenangkan mereka.

Sementara itu dengan parti Peribumi pula, PAS telahpun memberikan isyarat bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan sekutu DAP.

Rasanya isyarat in jelas buat Tun M dan TS Muhyiddin.


Foto: Dua Musuh 'Berbuyutan" Bersatu Hanya Untuk Singkirkan DS Najib.


Yang jelas, jika pertandingan 3 penjuru atau lebih, amat sukar buat parti2 pembangkang mahu menumbangkan BN.

Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa, kalaupun pertanding 2 penjuru di adakan, PAS pada bila2 masa sahaja juga boleh menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan campuran meskipun BN gagal mendapatkan majoriti mudah.

Jestru, sudah tentu, walaupun PH mahukan PAS menyertai mereka untuk mengelakkan pertembungan 3 penjuru, pastinya PAS hanya akan ditawarkan untuk bertanding pada jumlah kerusi yang lebih kurang berbanding PRU 13 untuk memberi laluan kepada PAN di samping mereka juga dibimbang akan berpaling tadah menyokong BN terutamanya jika keputusan PRU terikat seri atau sokongan PAS kepada mana2 gabungan adalah crucial untuk membolehkan pembantukan sebuah kerajaan.. 


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3