bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Oct 2014

Lucutkan Sahaja Kewargaan Pencuri dan Penjual Subsidi???


Setiap kali harga petrol, diesel and barangan bersubsidi dinaikkan harga kerana kerajaan mengurangkan subsidi....Semua orang mengeluh....

Kerjaan akan dilebel sebagai tidak berhati-perut, cekik darah rakyaat dll....

Yang sedapnya pemimpin2 Pakatan Rakyaat akan bertindak, "lebih sudu dari kuah".... Wal hal...mereka juga dilihat sering menaikkan bayaran urus di bawah penguasaan mereka seperti cukai pintu, cukai tanah, lesen perniagaan, takrif air dll.

Tetapi sedar kah kita saban tahun negara kerugian berbillion ringgit kerana subsidi yang diberikan kerajaan tidak sampai ke kumpulan sasaran???

Petrol, diesel, minyak masak, tepung, gas LPG dan lain2 barangan bersubsidi telah diseludup keluar oleh sesetengah anak negeri yang mahukan keuntungan singkat...

Mengapakah ini berlaku??? Selain barangan tersebut sememangnya mahal jika dijual di luar sempadan negara seperti gas LPG dan minyak masak yang boleh membuat keuntungan sehingga lebih 100% mengapakah rakyaat khalayak tidak mahu memainkan peranan sebagai warga yang bertanggung-jawab???

Mengapa kita tidak melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kita mengetahui ada kenalan ataupun jiran2 kita yang menjual/menyeludup barangan bersubsidi keluar daripada sempadan negara???

Bagaimana pula dengan stesen2 minyak yang terlibat menjual petrol dan diesel bersubsidi kepada orang asing ???

Menjual diesel bersubsidi menggunakan bunker ke kapal2 dagang???

Menjual LPG bersubsidi kepada pengilang2???

Jika kita hanya berpeluk-tubuh janganlah kita hanya menyalahkan kerajaan jika satu hari nanti semua subsidi terpaksa ditarik-balik gara2 kerajaan sudah tidak mampu untuk menanggung ketirisan yang berlaku. Pastinya pemantauan pihak berwajib agak terbatas kerana kekurangan anggota. 

Jestru sebagai warga yang bertanggung-jawab kita semua perlu memainkan peranan dengan membuat laporan sekiranya kita mempunyai maklumat untuk membenteras aktivi2 ini. Percayalah kita mampu menghalang parkara ini daripada berlaku!!!

Pihak berwajib juga wajar mengalakkan laporan2 oleh orang2 awam dengan menawarkan ganjaran yang sewajarnya. Mungkin 10% daripada jumlah rampasan.


Sumber klik sini dan sini.







posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. nak komplen sikit dekat stesen2 minyak yg ada di negara kita. banyak stesen minyak tidak menyediakan petrol ron97 untuk dijual kepada warga asing dan pemilik2 kereta cc besar yang perlukannya. semua pam adalah ron95. macamana nak cegah warga asing daripada membeli ron95 sedangkan mereka tiada pilihan? cuba lihat kebanyakan stesen minyak kepunyaan petronas.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3