Begitu yang terjadi kepada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib (kiri).
“Dalam dewan (negeri), saya agak kritikal kepada JAIS dan saya selalu diingatkan, 'YB, kalau hendak komen lakukan di belakang tabir. Jangan komen secara terbuka.'
“Jadi inilah tradisinya – kepercayaan apabila kamu jadi benteng Islam, kamu tidak boleh dipersoal. Kamu dilindungi oleh pihak berkuasa.
“Apabila saya usulkan untuk bahasa tentang JAIS, saya ditegur. Saya dikritik,” kata ADUN Hulu Klang itu.
Artikel penuh klik sini.
Komen Isac;
Ibarat menepuk air di dulang....
Pas yang selama ini berselindung dengan nama parti Islam....Berlindung disebalik fatwa2 ulamak mereka....
Mengkafirkan Umno yang bersengkokol dengan MIC dan MCA. Mengislamkan Pas yang bersengkokol dengan PKR dan DAP.
Undi Pas dapat pahala....
Sokong Pas dijanjikan syurga....
Kafir-mengkafir.....Halal gulingkan kerajaan Umno/BN dll. lagi fatwa.....
Menggunakan status "pimpinan ulamak" untuk memaksumkan diri dan menafikan kritikan dan teguran atas segala kekurangan parti dan kepimpinan.....
Agak ironi buat pemimpin Pas menegur JAIS yang membawa kuasa sebagai satu badan penguatkuasaan. Jika JAIS bersifat "too apologetic" bagaimana mereka mahu menguat-kuasakan undang2 terutamanya di dalam menghadapi parti agama seumpama Pas yang seolah2 mereka adalah maksum ataupun parti cauvanis Cina yang mereka sahaja lah yang betul dan hak mereka perlu diutamakan walaupun menindas hak2 kaum peribumi???
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.