bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Jan 2014

Lupus Tapak2 Giat Mara di Selangor - Projek Serampang 2 Mata Kerajaan PR???

Pusat Giat MARA di Selangor tidak akan diarah pindah jika kerajaan pakatan rakyat Selangor ada sikap ‘goodwill’ terhadap usaha agensi berkenaan memberikan pendidikan kemahiran kepada belia-belia di negeri itu.

Lagipun menurut Tan Sri Annuar Musa, MARA bukannya peneroka haram boleh diusir begitu sahaja tanpa sebarang ganti rugi atau pampasan.

Menurut Pengerusi MARA itu, pihaknya sudah maklum notis oleh Pegawai Tanah dan Daerah Gombak supaya mengosongkan tanah tapak Pusat Giat MARA di Selayang.

“Mereka (kerajaan negeri) tidak sabar-sabar minta kita keluar sedangkan notis sehingga 10 Disember 2014. MARA akan cari tempat lain yang sesuai,” katanya kepada Agendadaily Selasa mengulas laporan blog dan laman sosial mengenai arahan kerajaan Selangor supaya Pusat Giat MARA itu berpindah.

Sebelum ini dilaporkan Exco kerajaan negeri yang juga Adun DAP Seri Kembangan,  Ean Yong Hian Wah turut hadir menyerahkan notis itu kepada pihak Pusat Giat MARA Selayang.
Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, proses perpindahan akan mengambil masa kerana pusat itu menawarkan kursus elektrik dan memerlukan tempat baru yang sesuai.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Dalam asik rakyaat membincangkan dan menyalahkan BN kerana barangan keperluan harian naik bagai kan roket, kepentingan Melayu/Bumiputera digadai satu-persatu atas nama kemajuan dan pembangunan untuk negeri Selangor.

Kes ini sebenarnya sama sahaja dengan kes "balas dendam' ketika kerajaan PR berjaya mengambil-alih kerajaan negeri Selangor, Perak, Kedah dan Terengganu tidak berapa lama dahulu. Di mana  bilik2 gerakkan Umno, balairaya2 tadika2 kemas dan lain2 fasiliti masyarakat di atas tanah kerajaan negeri telah dinafikan pengunaannya oleh kerajaan negeri yang baru.

Sewajarnya BN belajar dari pengalaman2 lalu terutamanya dalam negeri2 yang masih di dalam pemerintahan mereka.

Ironinya Melayu/Bumiputera Selangor yang memenangkan PR di Selangor ibarat, "Pak Kaduk, ayamnya menang tapi kampung tergadai".

Pastinya penjualan tanah2 milik kerajaan negeri ini akan menjana hasil kepada kerajaan negeri, tetapi masuk ke poket siapa??? Adakah harga yang ditawarkan benar2 harga pasaran ataupun sebahagian "keuntungannya" mengalir ke kantung parti2 politk dan individu2 tertentu???

Yang jelas, belia2 Melayu/bumiputera Selangar akan kehilangan tempat untuk mendapatkan kemahiran.

Siapa yang hendak di salahkan??? Nasi telah menjadi bubur....

Lepas satu demi satu kepentingan Melayu/Bumiputera di Selangor tergadai atas nama pembangunan dan menjana keuntungan untuk kerajaan negeri....

Institut Latihan Perindustrian, bangunan2 milik kerajaan negeri, rumah dan tanah2 anak yatim, dan terbaru pusat2 giat mara. 

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3