SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor membidas tindakan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa alasan munasabah sebaliknya hanya ingin memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerusi tersebut.
Justeru, dilihat sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat Selangor serta rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) Selangor sedangkan negeri itu ditadbir secara bersama oleh Pas, PKR dan DAP.
Menurut Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim, pihaknya kesal dan kecewa dengan tindakan tersebut yang menurutnya dilihat membelakangkan rakan daripada PR dalam membuat keputusan.
"Melihat situasi yang berlaku, peletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pagi tadi.
"...oleh itu Pemuda Pas Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh Pas, PKR dan DAP,...sepatutnya persetujuan bersama amatlah diperlukan.
"...ini kerana tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara PR dan memberi imej negatif kepada rakyat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Sumber klik sini.
Komen Isac;
Secara bahasa kasar mungkin itulah yang ingin disampaikan oleh pemuda Pas Selangor...
Negeri Selangor bukannya milik peribadi "PKR" begitu juga dengan jawatan MB Selangor. Secara hakikatnya Pas dan DAP memiliki lebih satu kerusi berbanding PKR.
Jestru sewajarnya PKR tidak boleh sewenang2 mencatur dan mengarahkan ADUN Kajang untuk meletakkan jawatan gara2 mahu meletakkan Anwar di dalam senarai ADUN PR di Selangor sehingga menyebabkan PRK terpaksa diadakan yang bakal mengundang pembaziran wang rakyaat sehingga RM 6-7 juta iaitu termasuk kos keselamatan dengan kehadiran beribu2 anggota polis sejak hari penamaan dan sepanjang hari berkempen dan mengundi.
Pakatan Rakyaat dan Anwar yang selama ini mempertikaikan ketelusan dan penganjuran pilihanraya di Malaysia oleh SPR sekali lagi menggunakan khidmat SPR demi untuk merungkai masalah dalaman mereka dan mencapai kepentingan politik peribadi sesetengah pemimpin.
Ketua Pemuda PAS Selangor harus letak jawatan jika masaallah ini tak dapat di uraikan, jangan cakap aja harus tunjokkan apa yang sepatut di lakukan, jangan memalukan PAS.....
ReplyDeletePKR aku x kisah. Mmmg sejak dulu, perangai depa boleh diramal cmtu. Sbb ia bkn berpaksikn islam. Yg PAS tu.... masih kurng cerdik memanjang. Sedih tul.
ReplyDeleteSalam..kata PAS apa dah jadi?? Cuba tanya PAS apa dah jadi di Pulau Pinang?? Bukankah Lim Guan Eng pegang jawatan yang sama di Pulau Pinang? MP Bagan, CM Penang, ADUN Ayer Itam, EXCO Tanah, Pengerusi PDC, Pengerusi PBA.. Siapakah master plan? Bukankah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim? Kenapa PAS tak kata kronisme??? Sebenarnya siapa yang perbodohkan siapa??? Bukankah Mat Sabun kata aku rela makan BABI dengan DAP dari makan ayam dengan Najib? akhir kata MELAYU diperbodhkan oleh Melayu sendiri....kajh..kah,,kah.,,
ReplyDeleteorang kuat agama, mana ada cerdik pasal duniawi..wawawawa..
ReplyDelete