bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Jan 2014

Perginya Seorang Lagi Ulamak Yang Mempertahankan Kalimah Allah - Pas Bakal Semakin Liberal!!!


Al Fatihah buat Tuan Guru Dato Haron Taib yang meninggal dunia sekitar jam 12:10 malam tadi.

Apa pun kita telah kehilangan individu yang penting dalam Pas hari ini, beliau merupakan hanya antara sebilangan pemimpin2 berlatar belakangkan agama yang masih tinggal dalam Pas tetapi berani dan istiqamah di dalam menentang tipu-daya DAP.

Tuan Guru Dato Haron Taib yang penulis kenali;

1) Arwah bersama2 Dato'  Dr Haron Din Al Hafiz istiqamah di dalam menentang penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Kristian dan yang disokong oleh DAP dan PKR.

2) Arwah merupakan antara individu yang berfikiran waras dan menolak campurtangan DAP dalam hal-ehwal Islam dan pentadbiran parti PAS.

3) Pada PRK Sg Limau Arwah dikatakan telah tidak hadir mesyuarat dua hari sebelum hari mengundi kerana menolak campurtangan DAP dalam kempen PAS di Sg limau.

4) Arwah pernah mengesa pucuk pimpinan PAS menarik diri dari Pakatan ekoran sikap keterlaluan DAP dalam mencampuri urusan pentadbiran PAS.

5) Arwah mempunyai pandangan yang selari dengan Umno dalam mempertahankan Kalimah Allah dan nasib bangsa Melayu.

6) Selepas PRU13 arwah dikatakan pernah melahirkan kebimbangan akan ancaman Cina DAP yang dilihat seperti mahu merampas kuasa dan mengesa pucuk pimpinan parti Pas mengadakan hubungan dengan Umno demi menyelamatkan Islam.

7) Perjuangan arwah untuk memertabatkan Islam jelas, mahukan Islam dan bukannya menjadi barua DAP. Bersedia meninggalkan DAP jika mereka tetap menolak hudud.

8) DAP pastinya menarik nafas lega dengan kematian arwah kerana pastinya semakin kuranglah golongan ulamak dalam PAS yang curiga dengan DAP. Ini akan memudahkan mereka untuk menguasai dan menjadikan PAS kuda tunggangan mereka.

9) Allahyarham Haron Taib merupakan kawan rapat dan antara ulamak Pas yang sependapat dengan Harun Din di dalam mentang campurtangan DAP dalam PAS. Ustaz Dr Haron Din Al Hafiz juga kini sedang sakit tenat dan pastinya DAP akan dengan senang hati akan cuba mengambil peluang melalui golongan bukan ulamak untuk menguasai kedudukan dalam kepimpinan Pas.


Antara kenyataan yang Allahyarham Tuan Guru Dato Haron Taib pernah keluarkan berkaitan isu yg berkaitan dengan DAP;

1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

9) HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10) HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”

Sumber - KLXPRESS


Komen Isac;

Nampaknya seorang demi seorang ulamak yang mempunyai jati diri Islam yang tinggi baik dalam Pas dan juga Umno telah pergi meninggalkan kita. Dengan pemergian Dr. Uthman El Muhammady  Tan Sri Ustaz Azizan dan yang terbaru Dato Haron Taib (sekadar menyebut beberapa nama).

 Adakah Allah s.w.t. sedang menarik balik "ilmu agama" melalui kematian ulamak2 ini???

Hakikatnya ulamak2 ini walaupun berbeza fahaman politik tetapi tegas dalam mempertahankan kalimah Allah, tidak sebagaimana sesetengah ulamak yang mengambil pendekatan popular dengan membenarkan penggunaannya oleh agama2 lain tanpa memikirkan muslihat pendakyah2 agama lain yang mahu menjadikan pengunaan kalimah Allah di dalam kitab2 agama mereka sebagai senjata untuk memurtadkan orang2 Islam di Malaysia.

Masihkah kita mahu bertelagah sesama kita???


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3