Shah Alam: Pembangkang semalam mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) dengan menawarkan lebih 80 janji yang disifatkan pelbagai pihak sebagai
tidak munasabah dan boleh menyebabkan negara muflis.
Manifesto itu juga
tidak menjelaskan secara terperinci sumber kewangan dan kaedah pelaksanaan,
sebaliknya disifatkan umpan merayu undi.
Malah, masih banyak janji manifesto Pilihan Raya Umum 2008 (PRU-12) tidak
dilaksanakan pembangkang.
Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara
Malaysia (UUM), Prof Datuk Amir Baharuddin, berkata manifesto itu tidak boleh
diambil serius atau dipercayai kerana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim sendiri pernah mengakui 'manifesto bukan satu perjanjian'. Sumber klik sini.
Komen Isac;
Letak perkataan Islam "besar-besar" pada nama parti, maka anda boleh berbohong sesuka hati dan tidak jadi munafik???
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.