bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 Jan 2012

Sebagai Pemimpin Yang Kononnya Mewakili "Rakyaat", Adalah Wajar Penghakiman Liwat I & II Dijadikan Tatapan Umum!!!



KUALA LUMPUR: Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh setiausaha hakim perbicaraan kes berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pertanyaan tentang penghakiman itu kepada setiausaha hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Kata peguam bela utama Anwar itu, seseorang hakim perbicaraan perlu memberi asas penghakiman bertulis dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh notis rayuan difailkan, seperti yang disebutkan dalam Surat Pekeliling Ketua Hakim Negara.


Komen Isac;

Bukankah sebagai pemimpin "Anugerah Tuhan" yang kononnya mewakili rakyaat... Segala penghakiman bertulis beliau untuk liwat I & II juga wajar diberikan salinan pada setiap orang rakyaat??? Bahkan untuk video seks yang dikaitkan dengan beliau juga wajar ditatapkan kepada rakyaat untuk membuat keputusan.

Agar rakyaat juga boleh membuat keputusan ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan pada tahun 2004, bila Mahkamah menegaskan “walaupun kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar & adik angkatnya Sukma terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya boleh mensabitkan Anwar & Sukma jika Pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan”.


Untuk berlaku adil rakyaat juga perlu mendengar dari kedua-dua belah pihak dan melangkapkan diri dengan bukti-bukti yang selengkap dan sewajarnya.



No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3