bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Jan 2012

Bagi Nik Aziz, PKR dan DAP Hanya Umpama Arab Jahiliyyah Bangsa Gasar Yang Tidak Bertamadun???


Mengambil sempena perjanjian Hudaibiyah di antara orang-orang Islam dengan Arab Jahiliyah... Apa yang orang Islam dapat? Faedahnya kepada umat Islam masatu cuma gencatan senjata, nak buat haji pun kena tangguh kepada tahun berikutnya...

Tapi pada jangka panjang berikut adalah di antara kebaikkan yang diterima oleh Islam;

-Berkembangnya syiar Islam.

-Kehidupan masyarakat aman dan damai.
-Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
-Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.
-Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.

Mungkin semangat itu lah yang diambil oleh Nik Aziz.... Tapi senario di Malaysia sangat berlainan kerana negara ini sejak dahulu sememangnya diperintah oleh orang Islam. Perjanjian Pas dengan Pakatan sebenarnya lebih merugikan Islam samada pada masa sekarang apa lagi pada jangka panjang. Yang jelas, portfolio agama yang selama ini sinonim dengan  Pas pun telah dinafikan. Pas yang tidak bangga dilahirkan sebagai Melayu kini hanya menjaga adat-istiadat orang-orang Melayu. Fungsi kecil yang seperti merendah-rendahkan peranan Pas dalam pemerintahan negeri Selangor.

Jangan isu "merompak" wang zakat Selangor kembali berputik sudahlah. Apa tidaknya Baitulmal kini di bawah kuasa PKR.

Secara tak langsung juga, kepada Pas PKR dan DAP hanyalah ibarat Arab Jahiliyyah bangsa Gasar yang tidak bertamadun!!! Iaitu musuh yang nyata!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3