bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Jan 2012

Pengajaran Negatif Daripada Liwat II...

Kalau anda kena rogol atau diliwat pastikan perogol tidak menggunakan KY Jelly supaya ada kesan tusukan dan koyakkan.

Cuba pengaruhi perogol/peliwat agar tidak memakai kondom, walaupun kemungkinan anda bakal dijangkiti Aids atau penyakit kelamin yang lain.

Jangan basuh kemaluan anda, mandi, buang air besar atau kecil...Bahkan gunakan pakaian semasa anda dirogol. Jika dah koyak rabak, tak payah pakai apa-apa. Baru "real".

Terus sahaja ke balai polis berdekatan untuk buat laporan polis, sebaik sahaja selepas kejadian tersebut.

Pastikan agar pegawai jabatan kimia, doktor dan pegawai forensik agar mebuat pemeriksaan dengan segera.

Pastikan agar segala bukti dan sample air mani atau DNA telah direkodkan dengan betul, di "sealed" dan mematuhi segala piawaian antarabangsa dan ISO yang berkaitan.

Sekiranya pelaku beragama Islam, adalah lebih baik pendakwaan dijalankan di mahkamah Syariah di bawah Qazaf kerana tanpa kehadiran empat saksi, kedua-dua yang terlibat (pelaku dan mangsa) akan diarahkan supaya bersumpah muhaballah. Bahkan dengan bukti-bukti yang mencukupi pendakwaan juga boleh berdasarkan kepada Qarinah.

Tetapi sekiranya pelaku adalah seorang yang berpengaruh, ramai pengikut, mempunyai banyak wang dan kenalan yang hebat-hebat (kabel besar) baik lupakan sahaja perkara berkenaan dan mulakan hidup baru!!!

Ini kerana pelaku boleh melambat-lambatkan perbicaraan serta menggunakan peguambela-peguambela yang hebat sehingga mengakibatkan semua bukti-bukti tertolak dan akhirnya anda seorang yang mendapat malu.

Macamlah seseorang mangsa rogol dan liwat tu boleh berfikir dengan baik dan tidak diganggu oleh trauma, kesedihan dan ketakutan yang melampau.....


No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3