Klik sini. Korea Selatan menandatangani perjanjian bernilai AS$1.1 bilion (RM3.48 bilion) untuk membekalkan tiga kapal selam kepada Indonesia, mengalahkan Perancis, Jerman dan Russia kerana ia turut menawarkan pertukaran teknologi, menurut pegawai, semalam.
“Korea Selatan mempunyai teknologi terkini dan mereka bersifat terbuka untuk melakukan pertukaran teknologi sementara negara lain yang membida projek itu hanya berminat untuk menjual kapal selam,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Hartind Asrin.
Menurut Kementerian itu, Korea Selatan telah memenangi tender mengalahkan Perancis, Jerman dan Russia, dalam satu perjanjian eksport senjata yang terbesar pernah dibuat.
Di bawah perjanjian itu, syarikat Indonesia, Penataran Angkatan Laut (PAL) akan dibenarkan memerhatikan bagaimana dua kapal selam berkenaan dibina dan memasang kapal selam ketiga di Indonesia.
“Dua kapal selam akan dibina di Korea Selatan dan ketiga dibina di kilang PAL yang terletak di Surabaya di Jawa Timur,” kata Hartind.
Ia merupakan perjanjian pertahanan penting antara kedua-dua negara.
Mei lalu, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) yang di bawah kerajaan Korea Selatan, bersetuju untuk mengeksport 16 jet pelatih Eagle supersonik T-50 yang bernilai AS$400 juta (RM1.27 bilion) kepada Jakarta.
Syarikat Daewoo Shipbuilding dan Marine Engineering akan membina kapal selam itu di mana kapal yang pertama dijangka tiba di Indonesia pada 2015 dan ketiga dibina pada 2018. - AFP -22/12/2011
Komen Isac;
Indonesia memang telah lama mempunyai beberapa kapal selam di dalam armada lautnya yang besar...
Mungkin senada dengan demam "K-Pop", Malaysia juga boleh mencontohi Indonesia.
Mungkin senada dengan demam "K-Pop", Malaysia juga boleh mencontohi Indonesia.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.