bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Jan 2012

Liwat II - Anwar Dibebaskan Kerana Mahkamah Malaysia Sememangnya Adil dan Bebas!!!

Anwar tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari 2012. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Anwar berdepan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.

“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” kata Mohd Zabidin semasa membacakan keputusan kes itu.
Keputusan itu diraikan keluarga Anwar dan penyokong pemimpin itu.

Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Kawasan parkir kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibanjiri penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat sejak awal pagi tadi untuk memberikan sokongan terhadap Ketua Umum PKR itu.

Dianggarkan seramai 5000 orang melaungkan slogan “Reformasi”, “Hidup Anwar”, “Keadilan”, dan “Allahuakbar”.

Turut hadir memberikan sokongan adalah pemimpin utama Pakatan Rakyat.


Komen Isac;

Terbukti Mahkamah Malaysia sememangnya adil dan bebas!!!

Sekali lagi beliau dibebaskan bukan kerana mahkamah berpendapat bahawa beliau tidak bersalah, tetapi kerana mahkamah meragui bukti DNA yang diambil kerana ianya ditakuti telah tercemar kerana tidak menuruti standard antarabangsa.

Begitulah adilnya mahkamah di Malaysia, di mana institusi ini lebih rela mebebaskan seseorang yang kemungkinan bersalah daripada memenjarakan seorang yang tidak bersalah.

Adakah Anwar bersalah? Hanya Anwar, Saiful dan Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui.

3 comments:

  1. hahahahaha... lepas ni boleh la meliwat orang... pastu buat cara anwar... tangguh 3 4 tahun... pusing kiri kanan... jangan lupa panggil karpal singh... biar bayar mahal.. die pandai pusing...

    ReplyDelete
  2. Sabau broo jangan cepat sorak mahkamah rayuan kan ada hakim cuma menyerlahkan prkara brkaitan DNA smata kalau hakim jatuhkan hukum salah anwar akan kmukakan rayuan dan menangguhkan ks beribu kali lagi akan tetapi bila kes ini dibawa oleh pendakwa untuk rayuan kes ini smestinya tiada pnangguhan lagi masa tu kalau mahkamah rayuan mminta serahkan sempel DNA baru buku brtemu ruas...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3