Beruntung jadi Anwar!!! Ramai bermati-matian mempertahankannya ketika baru "dibuang" dari Umno dan kerajaan, sanggup merusuh dan berdemonstrasi di jalanan, sanggup ditangkap dan dipenjarakan, sama-sama menubuhkan PKR.... Mempertahankannya walau apapun tuduhan yang terpalit pada batang tubuh Anwar dan banyak lagi...
Walaupun ramai di antara mereka ini telah tersedar dan meninggalkan beliau, terbaru ada pulak yang mempertahankan Anwar kerana "kegagalan" 16 September, klik sini.
Lepas ini mungkin akan ada yang mengaku sebagai "lelaki Y" ataupun menyerah diri mengaku sebagai lelaki dalam klip video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Hebat....hebat... Nabi Allah Yusuf a.s. pun tak mempunyai kawan yang sebegitu akrab seperti mana yang Anwar ada....
Mungkin itulah sebabnya mengapa Datin Sri Wan Azizah menganggap Anwar sebagai anugerah Tuhan.....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.