Apa faedahnya satu syarikat gergasi dibubarkan? Masalah pekebun-pekebun kecil Melayu/Bumiputera sejak dahulu lagi, ialah mereka gagal untuk mentadbir-urus dan mengerjakan kebun-kebun mereka yang bersekala kecil dengan baik, ekonomikal dan memaksimumkan hasil daripada kebun-kebun mereka.
Itulah di antara sebab diwujudkan Felda di mana selain tanah-tanah baru dapat diagih-agihkan kepada rakyaat yang miskin dalam usaha menaikkan taraf-hidup mereka, kebun-kebun mereka ini akan disatukan dan ditadbir oleh pihak syarikat secara sistematik dan berkesan.
Berapa banyak kebun-kebun milik orang-orang Melayu/Bumiputera yang terbiar menjadi belukar yang tidak produktif? Antara sebabnya adalah tadbir-urus yang lemah, terlalu banyak pemilik, pemilik telah tua dan uzur, generasi muda tidak berminat menyambung usaha ibubapa, kos buruh yang mahal untuk mengerjakannya dan lain-lain lagi?
Ini belum lagi kita memperkatakan bagaimana peraih-peraih ataupun orang-orang tengah yang menekan pekebun-pekebun kecil ini dengan mempermainkan harga komoditi-komoditi tersebut!!!
Kemana Pakatan Rakyaat yang kononnya mahu membela rakyaat ini sebenarnya mahu membawa kita?
Adakah mereka mahu Felda, salah satu konglemerat besar yang diterajui oleh teknokrat dan bijak pandai Melayu berkubur? Adakah mereka mahu tanah-tanah milik para peneroka ini akhirnya tergadai kepada ladang-ladang dan syarikat konglemerat milik bukan Melayu/Bumiputera?
Adakah mereka mahukan agar bekas-bekas peneroka Felda ini nanti akan ditindas oleh peraih-peraih komoditi bukan Melayu???
Adakah mereka mahukan agar Melayu/Bumiputera terus-terusan melukut ditepi gantang???
Pada hemat penulis, Pakatan Rakyaat ini tak ubah, "seperti tikus membaiki labu".
Patutlah syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyaat banyak yang mengalami kerugian...Pastinya syarikat-syarikat ini nanti juga pastinya tergadai dan menjadi milik bukan Melayu/Bumiputera.
Apa lagi yang bakal tergadai? Apalah agaknya yang akan tinggal buat anak-cucu kita???
Kerana dendamkan peneroka-peneroka Felda selama ini memenangkan Umno/BN, Pakatan Rakyaat sanggup untuk menggadaikan masa depan negara khususnya masa depan orang-orang Melayu/Bumiputera!!!
PR ni terutamanya PAS dan PKR apa diaorg peduli psl kepentingan org melayu. Penting bg mereka ialah mendapat kuasa. Betul apa yg penulis kata, mereka tahu musnahkn apa yg telah dibina dgn baik dan jaya....PAShampas dan PKR penipu tu...nasib le di negara ini ada undang2 klau tak dah lama terkubur mereka2 itu....
ReplyDeletetukar kepada ladang rakyat, tu kot maksud diorang
ReplyDeleteYang saya faham PR ingin bubarkan Felda Plantation bukan bubarkan FELDA. Sebab Felda menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri yang mensyaratkan setiap pembukaan tanah mesti diisi dengan peneroka dan pada hari ini kita dapati Felda Plantation yang mempunyai beratus ekar masih tidak mengisikan peneroka diladangnya.
ReplyDeletePertahankanlah FELDA. Kerana jika FELDA dibubarkan dan tanah2 terlepas ke tangan non bumi, menangis seribu tahun pun takkan wujud FELDA lagi.. merempatlah generasi peneroka di negara sendiri. BUMI DI PIJAK MILIK ORANG..
ReplyDelete