bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Jan 2010

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor - Masa Untuk Bertenang...



http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a


Ketika isu pengunaan kalimah Allah oleh suratkhabar Herald terus menjadi bualan sementara menunggu rayuan Kementerian Dalam Negeri di mahkamah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengeluarkan titah perintah yang spesifik untuk negeri itu.Baginda selaku Ketua Agama Negeri tidak membenarkan pengunaan kalimah Allah oleh agama lain di Selangor. Titah itu disampaikan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dalam pertemuan beliau serta Mufti Selangor Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid dan pegawai tinggi MAIS dengan baginda di Istana Mestika pada 5 Januari lalu.Pendirian baginda itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor. Mohamad Adzib memberitahu demikian kepada wartawan selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di Shah Alam Isnin




Serentak dengan itu Mohamad Adzib memberitahu bahawa MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya ini kerana Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara. Beliau berkata mahkamah bukan forum sesuai untuk membicarakan aoal pengunaan kalimah Allah. Ini kerana ia perkara ‘ non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.


Pengerusi MAIS itu memberitahu lagi bahawa turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam. Larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988. Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain. Mohamed Adzib turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa. Beliau menegaskan Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan kes-kes berkaitan agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim bukan Islam,” katanya.- 11/1/2010

Komen Isac;

DYMM Sultan Selangor sememangnya seorang raja yang perihatin, penulis percaya sultan-sultan yang lain juga akan mengambil langkah yang sama selepas ini.

Jesteru itu penulis percaya posting kali ini secara tidak langsung menjawab komen seorang saudara penganut agama Kristian di dalam blog ini yang mengatakan "Orang Melayu tidak menghormati Mahkamah kerana mempertikaikan keputusan Mahkamah tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya".

Bagi pendapat penulis, hakim telah terhilaf ketika membuat keputusan tersebut kerana penggunaannya oleh agama Kristian, sebenarnya tidak selari dengan perlembagaan negara. Dalam waktu ini penulis berharap agar semua kaum dan penganut-penganut berbagai agama di Malaysia dapat "bertenang", kita serahkan perkara ini kepada pihak polis, mahkamah dan majlis raja-raja Melayu. Jangan biarkan "tangan-tangan ghaib" ini mengadu-dumba kita semua, akibatnya maha dahsyat dan sudah tentulah kita semua tidak mahu menggadaikan keamanan dan kesejahteraan yang telah dinikmati sejak 52 tahun yang lalu.....

Walaupun pihak pembangkang selama ini telah mencanangkan bahawa, pihak polis, tentera, mahkamah, peguam negara, SRPM, SPR dan lain-lain badan-badan kerajaan sebagai memihak kepada kerajaan ataupun sebagai "anjing suruhan", tetapi sedarlah bahawa mereka ini jugalah yang telah bertungkus-lumus dan sesetengahnya telah mempertaruhkan nyawa untuk menjamin kesejahteraan kita sejak 52 tahun yang lalu.....

Adakah berbaloi untuk kita mempertaruhkan keselamatan dan kebahgiaan generasi yang akan datang semata-mata kerana kita lebih percayakan tohmahan dan agenda "tangan-tangan ghaib" yang sedang menguji kita???? Bertenang dan fikirkanlah masak-masak......

1 comment:

  1. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku....... Titah Tuanku ini perlu dipatuhi oleh seluruh rakyat yang menghuni dalam negeri Kebawah Duli Tuaku......

    Jangan ada yang menderhaka, kalau ada juga lucutkan kerakyatan mereka..... Ampun Tuanku...

    Bro, kawan menunggu Duli Tuaku di Pahang bertitah.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3