bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Jan 2010

Panganut Agama Kristian Mintak Tolong Jangan Buat Demonstrasi - Tunggu Sehinga Polis Membuat Tangkapan!!!



Ahad Januari 10, 2010
Jangan Sertai Perhimpunan Depan Gereja Minggu Depan - Polis




KUALA LUMPUR: Polis hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi di Gereja Assumption, Petaling Jaya yang dikatakan akan dijalankan pada 13 Jan ini. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata tindakan berhimpun secara haram itu tidak akan membantu meredakan suasana tetapi hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.


"Saya dimaklumkan ada SMS yang kini tersebar mengajak orang ramai berhimpun di gereja tersebut minggu hadapan, justeru saya merayu orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan yang dikatakan itu. "Serahkan siasatan kepada kami, biar kami yang uruskan... jangan membuat tindakan yang akan mengeruhkan lagi keadaan dan menimbulkan suasana tegang," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke gereja tersebut hari ini.


Beliau berkata polis tidak akan teragakagak untuk bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan perkara yang melanggar peruntukan undangundang, termasuk berhimpun secara haram. Ketika ditanya mengenai dakwaan terdapat sebuah masjid di Klang Jaya diserang, beliau berkata: "Perkara seperti itu tidak berlaku. Tolong jangan dengar khabar angin dan tolong jangan buat spekulasi."


Beliau bagaimanapun berkata polis menerima satu laporan mengenai sebuah surau di Klang dibaling batu oleh pihak tidak bertanggungjawab. Katanya setakat ini hanya tiga buah gereja di sekitar Selangor dijadikan sasaran."Tiada kes baru dilaporkan. Namun ada sebuah gereja dilaporkan mengalami kecurian," katanya. Khalid berkata polis sedang mengenal pasti suspek yang terlibat dalam cubaan membakar ketigatiga buah gereja di Selangor.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan bahawa enam orang yang dipercayai anggota kumpulan 'Penjahat Empat Jahanam' ditahan di Pasir Putih, Kelantan semalam di mana empat daripada mereka merupakan suspek utama dan dua lagi rakan kepada kesemua suspek. Dengan tangkapan itu, tujuh kes samun di sekitar Lembah Klang dan Pahang berjaya diselesaikan, katanya. - BERNAMA

Komen Isac;

Ada pihak diluar sana yang sengaja menangguk di air yang keruh....Jestru itu jika ada apa-apa lagi demonstrasi yang hendak dibuat samada oleh penganut agama Kristian maupun penganut agama Islam, penulis nasihatkan lebih baik tunggu sehingga pelaku-pelaku "kes-kes cubaan membakar gereja" ditangkap dan dikenal-pasti terlebih dahulu. Jika tidak penulis takut bencana yang lebih besar bakal dicaturkan oleh "tangan-tangan gelap" yang pastinya akan mengambil kesempatan semaksimum mungkin....

Hati-hati rakyat Malaysia....Perpaduan kita sedang diuji.....



1 comment:

  1. SLM BRO..ANUWAR DH BEJAYA SEMAI KEBENCIAN DAN PERKAUMAN. DIA "BAPAK RUSUHAN"..HARKK TUIHHH!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3