bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Jan 2010

Inkues Mendiang Teoh - Bocorkan Maklumat Bukan Satu Kesalahan...


http://www.malaysiakini.com/news/121336
Pegawai SPRM kena tindakan hina mahkamah
Jan 7, 10 11:05am


Mahkamah Koroner Shah Alam, yang mendengar inkues punca kematian Teoh Beng Hock, mengarahkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan menghina mahkamah. Koroner Azmil Muntapha Abas memerintahkan prosiding tersebut terhadap pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Raub Ghani, didengar pada 15 Januari ini.




Pada 1 Januari lalu, pegawai itu membuat aduan polis agar pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, disiasat kerana disyaki membocorkan maklumat laporan bedah siasat kedua, 22 November lalu, kepada pihak tidak sewajarnya. Aduan polis dibuat susulan penerbitan berita 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh' di akhbar rasmi PKR Suara Keadilan edisi 29 Disember - 5 Januari yang menyimpulkan bekas setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, mati dibunuh.Dr Pornthip, yang dilantik oleh kerajaan Selangor, kemudian dilaporkan enggan memberikan keterangan pada inkues tersebut kerana bimbang berdepan tindakan tersebut.




Permohonan terhadap Raub dibuat oleh peguam Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, kedua-duanya mewakili keluarga Teoh, dalam prosiding inkues yang bersambung pagi ini. Teoh ditemui mati dekat pejabat SPRM di Shah Alam, 16 Julai tahun lalu - kematian yang menjadi kontroversi politik terhangat tahun lalu sehingga kerajaan mengarahkan inkues tersebut diadakan dan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat tatacara siasatan SPRM.






Komen Isac;




Pelik-pelik.....Mengapa yang buat salah jadi tak salah, tetapi yang membuat aduan pulak, yang salah....Macam-macam dunia akhir zaman ni....



Mahkamah Malaysia sememangnya telah dipandang serong sejak lebih 10 tahun yang lalu, terutamanya apabila ia membicarakan kes seorang Mantan Timbalan Perdana Menteri yang akhirnya dipenjarakan selama 6 tahun.



Sejak peristiwa itu, institusi mahkamah sering diperlekeh dan dipersendakan. Cuma apa yang penulis perhatikan sejak kebelakangan semacam ada aliran baru yang menguasai mahkamah, di mana mahkamah dilihat lebih cenderong untuk "memenangkan"/menyebelahi parti pembangkang dalam kes-kes yang dibicarakan.



Kes di atas menguatkan lagi curiga penulis. Adakah kerana Karpal adalah nama besar di dunia guaman menyebabkan keputusan tersebut diambil?



Penulis harap para pembaca renungkanlah perkara ini, komen banyak-banyak, nanti dengan penulis-penulis sekali yang kena dakwa.... :(

2 comments:

  1. Salam Isac, inilah kelicikan kepala 2 beranak benggali putar belit ini...... inilah keturunan yang pernah mencabar kedaulatan Raja-Raja Melayu.....

    ReplyDelete
  2. Meson meson malaya sedang merajalela.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3