bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Jan 2010

Kerjaan Pimpinan Dr Zambry Vs Pimpinan Ir. Nizar




Perak terima pelaburan RM11.6 bilion


IPOH: Perak menerima pelaburan RM11.6 bilion dari Februari hingga Disember 2009 berbanding RM2.5 bilion pada 2008. Exco Kanan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata daripada jumlah itu RM11 bilion adalah hasil inisiatif kerajaan negeri manakala RM600 juta daripada hasil kelulusan Kerajaan Pusat.
Komen Isac;
Kalau untuk millage politik BN semata-mata, Kerajaan pimpinan Dr Zambry (BN) pastinya akan dicanang sebagai jauh lebih baik, kerana berjaya menarik lebih banyak pelaburan berbanding kerajaan pimpinan Ir Nizar (Pakatan).
6hb Febuari 2009 adalah tarikh kerajaan pimpinan Dr. Zambry mengangkat sumpah. Oleh itu penulis percaya bahawa ada diantara pelaburan-pelaburan tersebut telah diusahakan oleh kerajaan terdahulu, kerana kerja melobi dan berbincang pastinya akan mengambil masa yang lama. Tetapi walaubagaimanapun, nilai pelaburan yang ketara perbezaannya menunjukkan bahawa para pelabur sebenarnya lebih mempercayai kerajaan pimpinan Dr Zambry (BN).
Kerana apa, jika mereka tidak mempercayai beliau, walaupun mungkin kerajaan pimpinan pakatan yang melobi mereka diperingkat awal, mereka (para pelabur) masih boleh menolak/membatalkannya jika mereka tidak percayakan kerajaan yang ada sekarang. Jestru itu, samada mahu diterima ataupun tidak, hakikatnya ialah pelabur-pelabur lebih mempercayai kerajaan pimpinan Dr. Zambry (BN) berbanding kerajaan pimpinan Ir Nizar (Pakatan).
Atas dasar itu rakyaat Perak kena fikirkan dengan mendalam, kerajaan mana yang mahu mereka pilih dalam PRU 13 nanti.

4 comments:

  1. Salam ISAC,

    Kerajaan di bawah pimpinan DS DR ZAMBRY juga, dilihat lebih berdaya maju dan bersama-sama pimpinan lain dalam membawa Perak ke satu dimensi yg baru.

    Berbekalkan semangat dan jiwa yang kuat dalam membangunkan negeri Perak,usaha mengekang pakatan dari terus menabur fitnah dan mengaburi rakyat Perak amnya,menambahkan lagi kekuatan beliau untuk terus lebih berusaha kuat.

    Insyallah,rakyat sudah mulai sedar.Rakyat sudah nampak hasil usaha pimpinan kini.Cuma mungkin masanya belum tiba buat pakatan menerima hakikat bahawa Kerajaan BN Perak kini lebih stabil dan diyakini dapat memacu negeri ini ke arah keharmonian dan kesepaduan sejagat.

    10SBH percaya,satu hari nanti, semua rakyat , semua bangsa dan semua parti akan mengakui jua,Kerajaan BN di Perak bukan sekadar melafazkan kata,sebaliknya kata dan janji yang ditaburkan, akan dikota dan di sempurnakan dengan penuh cemerlang,gemilang dan terbilang!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas artikel sahabat. Sememangnya pelabur -pelabur lebih yakin dengan pentadbitan Kerajaan Perak bawah kepimpinan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  3. Tolong jangan guna Ir Nizar kepada nama bekas MB Perak ini. Ini adalah kerana Nizar telah tidak memperbaharui pendaftaran Jurutera Professional dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

    Sehubungan dengan itu beliau tidak berhak menggunakan title Ir. dipangkal nama beliau.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Anonymous, January 20, 2010 9:47 PM

    DS Ir. Nizar adalah ahli "Fellow" The Institution of Engineers Malaysia. Ia lebih tinggi daripada Jurutera Professional biasa.


    Setakat tahun lepas nama DS Ir. Nizar ada didalam direktori Lembaga Jurutera Malaysia sebagai "Jurutera Professional".


    Walaupun pembaharuan Jurutera Professional perlu dilakukan pada setiap tahun, ia hanya berakhir pada 31hb Januari. Ada lagi 11 hari.


    Bagi penulis "give credit when credit is due". Tetapi demi agama dan bangsa pasti penulis akan kritik beliau.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3