bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Jan 2010

Lagi Perbuatan Khianat - 4 Buah Bas Dibakar Di Ipoh , Ini Pula Ankara Siapa?


Sabtu Januari 9, 2010
Empat Bas Musnah Terbakar Dipercayai Akibat Perbuatan Khianat

IPOH: Empat buah bas musnah, membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, dipercayai akibat perbuatan khianat dalam satu kebakaran di stesen bas Medan Kidd di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Ibrahim Abu Bakar berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ini. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, katanya kepada pemberita. Beliau berkata polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat punca kejadian dan telah mengambil keterangan daripada beberapa pengawal keselamatan yang berada di stesen bas berkenaan bagi membantu siasatan.

"Siasatan sedang dijalankan dan kita menunggu laporan daripada forensik," katanya ketika ditanya sama ada polis mengesyaki berlaku perbuatan khianat. Tiga daripada bas yang musnah itu dimiliki Syarikat Reliance Omnibus Company Sdn Bhd dan sebuah lagi kepunyaan Kinta Omnibus Sdn Bhd. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima aduan pada pukul 3.44 pagi dan 14 anggota yang bergegas ke tempat kejadian berjaya memadamkan api selepas kira-kira sejam.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan stesen berkenaan, Yeo Sin Hock, 49, mendakwa ternampak sebuah lori memecut keluar dari kawasan berkenaan semasa api sedang marak. "Saya nampak lori itu keluar semasa (saya) berlari untuk melihat api," katanya. Pengarah Urusan Reliance Omnibus Company Sdn Bhd, Mohd Syaful Abdullah berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kejadian itu. Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen berkenaan kepada polis. -BERNAMA

Komen Isac;

Walaupun belum ada siasatan yang mengaitkan kebakaran bas-bas tersebut dengan perbuatan khianat membakar gereja dan dua percubaan membakar gereja yang gagal, andaian tersebut tidak boleh diambil mudah.

Sememangnya pada saat ini kelihatan ada "pihak" yang sengaja mengadu-domba rakyaat Malaysia untuk "kepentingan" pihak tertentu. Perbuatan mereka ini adalah amat bahaya untuk keselamatan perpaduan rakyaat dan negara malaysia.

Jestru itu pihak polis perlu mengiatkan lagi siasatan dan menaikkan taraf kawalan terhadap tempat-tempat ibadat, tempat-tempat tumpuan awam seperti stesen-stesen bas, lapangan terbang - lapangan terbang, sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan lain lain-lagi. Lebih cepat tangkapan dapat dibuat terhadap mereka yang melakukan jenayah-jenah ini akan dapat membantu mententeramkan suasana.

1 comment:

  1. Salam Isac, beginilah kalau hati-hati yang sentiasa tidak senang dengan keadaan yang aman damai......... golongan begini akan sentiasa dahagakan kehancuran masyarakat...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3