MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (dua dari kiri), berbincang sesuatu di kalangan duta yang hadir selepas memberikan ucaptamanya di Forum Duta-Duta 2010 di Ipoh, hari ini. Turut hadir (dari kiri), Duta Besar Kuwait ke Malaysia, Suleiman Al Monther Bader Eissa, Duta Besar Republik Yemen ke Malaysia, Abdulla Mohamed Al-Montaser, Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia, Nadir Yousif Eltayeb dan Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Algeria ke Malaysia, Abdelmalek Bouheddou. - Foto Bernama
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20100125174603/Article/index_html
BN bawa pelaburan Vale ke Perak: Dr Zambry
IPOH: Barisan Nasional (BN) menafikan pelaburan syarikat Vale do Rio Doce (Vale) dari Brazil bernilai RM16 bilion dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa mereka mentadbir Perak selama 11 bulan bermula akhir Mac 2008. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kertas cadangan pelaburan syarikat perlombongan bijih besi kedua terbesar di dunia itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat exco pada awal 2008 sebelum Pilihan Raya Umum 2008 pada Mac. Katanya, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali sebelum perbincangan dihentikan selepas pertukaran kerajaan kepada Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat cuba menipu orang-ramai dengan berceramah dan mendakwa mereka membawa masuk pelaburan syarikat itu yang akan mendirikan kilang pelet bijih besi di Manjung. "Semua ini bermula pada zaman BN. Kemudian prosesnya disambung dan tidak dilaksanakan apa-apa (ketika kerajaan Pakatan Rakyat). Sekarang kita melaksanakan semula. "Mereka jangan nak bohong rakyat. Baik buat kerja tolong rakyat.
"Kita sudah bincang pelaburan Vale dalam mesyuarat exco awal 2008," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Siri Pertama Forum Duta anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Invest Perak di sini, hari ini. Berita Harian pada 15 Mac 2008 yang memetik laporan Reuters dari Rio De Janeiro mengatakan Vale merancang membina kilang pengeluaran palet di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran antara enam juta hingga tujuh juta setahun yang akan menggunakan bijih besi dari Brazil sebagai sumber bahan mentahnya.
Komen Isac;
Kenapa bab "nama" ni semua orang suka nak mengaku? Walaupun "kerja" tu orang lain yang buat.....tapi dia tetap nak kata itu kerja dia. Tak kiralah lebai ke? Ulamak ke? Dato' ke? Dr. ke? Ir ke?
Seperti yang penulis pernah katakan dalam tulisan yang lepas, walaupun mungkin Pakatan adalah pelopor ataupun sekadar pernah terlibat di dalam rundingan-rundingan untuk membawa pelaburan-pelaburan tersebut ke Perak, pihak pelabur masih boleh membatalkan hasrat mereka sekiranya kerajaan sekarang tidak mereka senangi.
Apapun sememangnya mudah untuk memperkatakan apa sahaja kerana bak kata pepatah, "lidah tidak bertulang". Kepada rakyaat Perak belajarlah dari kesilapan yang lalu.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.