bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jan 2010

Bukti Lim Guan Eng Bersifat Cauvanis???

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan
Oleh: Sazali Che Din






Foto: BORHAN Namat bersama isterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahan mereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauh dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 30 Jan. – Kerajaan negeri didesak menyatakan status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi terlepas daripada sebarang tindakan. Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd. berkata, gerai-gerai itu beroperasi tanpa dipantau sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan kotor. Menurutnya, beliau hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seperti tutup mata terhadap keadaan tersebut sedangkan gerai-gerai kecil Melayu yang tidak mengikut garis panduan dirobohkan.

“Kami mahu kerajaan negeri beritahu kepada orang ramai kenapa gerai-gerai sedemikian tidak diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen. Antaranya kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, diikuti Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan banyak lagi gerai peniaga Melayu yang bakal menerima nasib sama selepas ini. Bagaimanapun tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Georgetown mendapati, gerai-gerai bukan Melayu dibiarkan berniaga di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Malah terdapat juga penjaja yang membuang sisa-sisa makanan ke dalam longkang sehingga salurannya tersumbat sekali gus mencemarkan persekitaran. Antara kawasan-kawasan berkenaan adalah sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua. Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sering melaung-laungkan keadilan dalam pentadbiran, amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya tidak wujud. Menurutnya, kekayaan ekonomi seharusnya dikongsi dan diagih secara sama rata antara semua kaum. “Hak peniaga kecil atau besar wajib dipertahankan tanpa mengira bangsa. “Kalau kerajaan negeri mahu bertindak mengikut undang-undang, ia patut dilaksanakan terhadap semua peniaga tidak mengira kaum.


“Jika tidak, macam mana pentadbiran Pulau Pinang boleh dikatakan kerajaan yang adil,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Menurut Sivamurugan, tindakan kerajaan negeri itu hanya akan melebarkan jurang kekayaan antara etnik di negara ini khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Beliau menambah, jika itu berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Komen Isac;

Malas nak komen panjang-panjang. Kepada pembaca-pembaca budiman, jika anda adalah penyokong-penyokong Pakatan, "Lu fikirlah sendiri". Masa belum mendapat kuasa apapun sanggup mereka janjikan...Kononnya kerajaan BN terutamanya pimpinan Dato' Dr Khir Toyo Maha zalim kerana merobohkan rumah-rumah setinggan di Selangor, tapi apa yang mereka lakukan tak ada banyak bezanya, bahkan sekiranya apa yang dilaporkan oleh Mingguan Malaysia adalah benar mereka ini lebih zalim kerana tindakan mereka bermotifkan perkauman, umpama lagak parti Likud yang meminggirkan orang-orang Palestine.

1 comment:

  1. Salam Perjuangan,
    Dasar Komunis membunuh dan membakar rumah rakyat yang tidak bersimpati dengan perjuangannya. Orang Jepun "pancung kepala orang komunis".

    Sukar saya memahami kenapa PAS harus menyokong DAP. Sukar juga saya memahami kenapa Kelab Penyokong PAS lebih mulia dari di mata PAS dari "orang Melayu"

    Dalam krisis PKR-DAP ini, PADS perlu sangat memahami gelagat DAP. Rasanya mustahil DAP menyayangi PAS dengan sebenar-benar sayang. Jauhi sifat cauvanist, diktator dan komunis.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3