bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Jan 2015

PAS Tak Layak Memerintah Kelantan Atau DAP Sengaja Mensabotaj Kerajaan PAS Kelantan???

Kata Guan Eng, walaupun integriti adalah penting, tetapi apa yang lagi mustahak ialah kebolehan.

Menurutnya lagi, pihak yang tidak mampu berbuat kerja adalah lebih baik tidak menjadi kerajaan.

“Apabila bencana besar berlaku, lihatlah (apa yang berlaku). Saya sekarang bercakap terus-terang dan bukannya dengan bersegan silu.

“Tengoklah, apa yang berlaku di Kelantan apabila berlaku banjir besar? Ia seakan-akan tidak mempunyai kerajaan.

“Kenapa, sebab tidak boleh mampu melakukan kerja,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily ketika berucap dalam satu majlis anjuran DAP di Bukit Mertajam pada malam Ahad.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Maksudnya beliau berkata walaupun mungkin kerajaan Pas Kelantan mempunyai intergriti (amanah dan boleh diprcayai) tetapi ianya tidak layak mentadbir Kelantan kerana tidak cekap dan tidak berkebolehan.

Macam bagus sangat.....

Itu banjir besar beb....

Malah adalah dipercayai antara sebab utama banjir besar yang melanda beberapa buah negeri termasuk Kelantan (paling teruk) selain disebabkan jumlah penurunan hujan yang tertinggi sejak 1970, ianya adalah disebabkan oleh aktiviti pembalakkan di Tanah Tinggi Lojing yang tidak terkawal oleh syarikat yang ditunjangi oleh dua pemimpin DAP Perak.

Adakah DAP sememangnya merancang untuk mensabotaj kerajaan negeri Kelantan dan banjir besar yang melanda Kelantan sememangnya telah dirancang???

Tapi X mungkin Guan Eng sebegitu bijak....Ya tak?

Guan Eng ni bila dia bercakap....macam lah bagus sangat....

Dulu di Penang beliau pernah katanya pernah berkata, asal X hujan X akan banjir....Klik sini.

Ini pulak nak menghukum Kerajaan Pas Kelantan hanya kerana banjir besar hasil tindakan sesetengah pemimpin DAP sendiri.

Malah...Bangunan Komtar Penang yang tinggi tupun pernah banjir semasa peperintahan Guan Eng, klik sini.


2 comments:

  1. Bukan Dap tapi 2 beranak tu yg marah sangat pasal kasi peluang kekayaan pada Ngok Ngok...yg akan mencabar kuasa Disnasti 2 beranak tu.. lalui kekayaan yg ada.. Bila kes balak banjir terdedah...terperanjak beruk lah 2 beranak tu... sbb tu minta Suruhanjaya bebas... untuk kenakan pencabar mereka dlm parti... skrg dihentam Kerajaan Pas..sbb bagi musuh politik dalam parti mereka kekuatan keewangan untuk lawan mereka... Dinasti keluarga ini dah lama berkuku besi ..tak lama lagi cucu dia pula diketengahkan ..Tnuggu dan lihat.. Ngok ngok ni selama lamanya tukang tengok..sajer...
    Ini... politik bermotifkan kekalkan kuasa peribadi... bukan untuk kebenaran..Namun kepincangan tu..tetap ada mau pun diPenang tu sendiri...

    ReplyDelete
  2. Patutlah mereka angkat tangan mencadangkan Kelantan disiytihar darurat. Kegagalan memahami tafsiran bencana juga menyebabkan kenyataan yang dibuat tidak berlandaskan kepada analisa pemikiran intelek terhadap sesuatu yang berlaku selari dengan maklumat pengetahuan yang intelek.
    Bencana itu telah menjadikan keadaan begitu teruk dan daif sehingga bukan sahaja berlaku kehilangan nyawa dan kemusnahan besar harta benda awam malah kejadian pada kali ini telah menghalang pasukan penyelamat dan bantuan kemanusiaan untuk masuk menghulurkan tangan lantaran checkpoint yang telah diwartakan sebagai tempat atau pengkalan strategik sebagai tempat persediaan kecemasan juga telah musnah samasekali. Base camp pasukan keselamatan , hospital,Sekolah, Balai Bomba, loji rawatan air, pusat kawalan tenaga dan komunikasi adalah antara 'area' terjejas teruk.
    Fenomena bencana yang melata keseluruhan pelusuk negeri tanahair telah ditangani dengan pantas walaupun pasukan-pasukan yang berkenaan telah berdepan dengan pelbagai risiko kemalangan akibat ancaman seperti runtuhan jalan dan tanah, kenderaan dinaiki air secara mendadak, helikopter terhempas dsb.
    Pemimpin dari kalangan orang politik kat Malaysia ni banyak komen walaupun mereka tahu komen yang dilontarkan itu tidak betul dan berfakta kosong semata!!!!!! Kena faham kenapa merenung sejenak lebih afdal daripada berfikir?


    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3