BUKIT BERUNTUNG - Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) perlu bertindak tegas terhadap mana-mana anggota PKR yang mengamalkan budaya gangster dalam parti.
Calon Timbalan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Datuk K Ramachandran berkata, budaya itu perlu dibuang agar tidak menular kerana dikhuatiri PKR dilabelkan sebagai parti gangster.
“Minta JPP selidik dan kenalpasti mana-mana calon yang menggunakan gangster dan bertindak tegas dalam isu ini.
“Buang budaya ini dari parti. Kita tidak mahu unsur ini ada dalam parti. Jika calon menyimpan gangster atau mengamalkan budaya ini dalam pemilihan parti dikhuatiri pemilihan seterusnya akan berlaku kekecohan lagi,” katanya.
Beliau menyentuh berhubung insiden kekecohan yang tercetus pada Pemilihan PKR Cabang Hulu Selangor kelmarin sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli parti serta menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap PKR.
Katanya, dalam insiden itu, kumpulan yang disifatkan gangster dengan mudah memasuki pusat pemilihan dan mengarahkan petugas JPP keluar sedangkan jawatankuasa itu ibarat barisan kehakiman yang diberi mandat menyelia dan menghakimi perjalanan pemilihan.
Seorang ahli parti, Mustafa Ibrahim berkata, budaya gangsterisme dilihat ketara digunakan oleh segelintir calon yang bertanding dan ia perlu dikekang sebelum menular ke seluruh negara.
“Jika JPP tak buat pendedahan, mungkin parti akan hilang banyak ahli kerana hilangnya kepercayaan rakyat terhadap PKR yang berdiri atas prinsip memperjuangkan keadilan,” katanya.
Sumber klik sini.
Komen Isac;
Itupun Anwar masih nak menyalahkan orang lain???
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.