bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Apr 2013

Gempar!!! Lagi Pemimpin Kawasan Pas di Kelantan Kembali ke Pengkalan Jalan???


Oleh Ali Mat

PASIR PUTEH -- Bekas pengarah strategik Pas kawasan Pasir Puteh, Zakaria Yaacob hari ini mengisytihar sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, Redzuan Stapha.

Zakaria, 71, berkata perjuangannya bersama Pas sejak 1990 sudah berakhir setelah mendapati Pas terkeluar daripada landasan perjuangan Islam.

Justeru, beliau berikrar untuk berkempen agar pengundi memilih Redzuan pada pilihan raya umum ke-13, Ahad depan.

Redzuan akan menentang calon Pas Tuan Mazlan Tuan Mat.

"Dahulu saya bertegang urat mempertahankan gabungan Umno dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) sebagai kufur namun tergamam dan terkunci mulut apabila Pas sendiri sewenang-wenangnya bersaudara dengan DAP yang secara terang menentang Islam," katanya ketika ditemui di Kampung Changgai di sini.

Zakaria berkata biarlah pemimpin dan penyokong Pas mencemuhnya selepas ini kerana beliau tekad melihat semua DUN dan Parlimen Pasir Puteh dimenangi BN.

Beliau turut merayu rakyat menyokong saranan beberapa tokoh agama yang pernah berjuang dalam Pas, supaya Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada arena politik berasaskan beberapa faktor termasuk kesihatan. 

Sumber klik sini.

2 comments:

  1. alhamdulillah

    Baca pula kat bawah ni:
    Bila Bapak KERA Terlepas di TendangTerajang

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, nak ingatkan pada semua, bila kita terlalu membenci seseorang, nak cemuh seseorang, ingatlah, esok lusa Allah balas balik.. hari ni kita kata perangai orang tue macam setan, esok lusa lekat benda tue kat kita...xpun dekat anak bini.. ingat... ingat la pas... jangan terlalu rasa bongkak dengan ilmu yang ada. tolong laa... jangan sebab masuk pas dah trasa islam lepastue cop plak yang tak masuk pas ni xbrapa nak islam, xbrapa nak warak.. sapa kita nak ukur sebegitu... INGAT.. ALLAH ADA... mesti ada sebab kalau guna nama ISLAM, NAK PERJUANGKAN ISLAM tapi sampai kesudah masih tak berjaya, xkan Allah xmemberi pertolongan pada insan yang perjuangkan islam... mesti ada salah kat mana2 ni.. check dlu k.. insyaAllah, kalau niat PAS betul2 murni, Allah permudah segala kesulitan. Allah beri laluan untuk kita takbir Malay

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3