bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 May 2016

Selepas Felda, 1MDB dan Tabung Haji Kini KWSP Pula Bakal Bankrap??? Saman!!!

Wow!!!


Lepas satu-satu institusi Kewangan negara yang diterjui oleh orang Melayu diserang???

Agak2 kalau bagi dekat Lim Guan Eng, selamat ke??? Baru jual tanah Taman Manggis pun urusannya dah amat meragukan.....

Itu belum lagi disiasat urusniaga mencecah RM 30 bilion tanah2 milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah dijual oleh kerajaan pimpinan DAP sepanjang pemerintahan mereka daripada 2008 hingga kini.

Anehnya rakyat Malaysia yang kononnya bijak pandai....dan berpendidikan tinggi sering sahaja tertipu oleh balaci2 Pakatan...secara berulang-ulang kali. Lepas satu...satu...Walaupun isu2 sebelum ini terbukti sebahagian besarnya hanyalah mainan persepsi mereka....

Dalam kes di atas,  KWSP kononnya telah memberikan pinjaman sehingga mencecah angka RM 440 billion kepada kerajaan pusat. Pada pandangan penulis, kalau betulpun bagus, juga sebab jika dipinjam daripada institusi2 kewangan luar negara seperti IMF ataupun negara2 yang kaya, selain perlu membayar interest, negara akan lebih terdedah kepada resiko tukaran asing matawang asing.

Apapun  dalam mengurus dananya, KWSP diterajui oleh pakar2 luar dan asing, malah sesetengah tabungannya di "outsource" kepada pengurus dana kewangan luar negara demi untuk mempastikan pulangan yang dijamin kepada para pendeposit.

Pernah dengar pepatah ekonomi, "jangan simpan semua telor anda di dalam satu bakul yang sama" ??? Itulah yang biasanya dilakukan oleh pengurus2 dana kewangan dan KWSP tidak terkecuali.

Kilk sini untuk melihat, laporan penuh Laporan Audit Tahun Kewangan 2014 KWSP.



Dekat mana yang dikatakan KWSP telah memberikan pinjaman kepada Kerajaan sehingga RM 440 billion??? Dibawah item "Pinjaman" hanya sekitar RM 107 billion direkodkan. Sementara di bawah "Bon/Asset Pelaboran Dipegang Sehingga Matang" pula, hanya RM 199 billion yang direkodkan. Bond tidak boleh dikira sebagai pinjaman kerana ianya adalah instrumen kewangan yang perlu tebus semula apabila sampai tempoh matangnya. Malah, KWSP juga tidak tertakluk untuk membeli Bon/Sukuk yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan di dalam negara sahaja. Ianya boleh jadi juga termasuk Bon/Sukuk di luar negara ataupun milik konglemerat dalam negara seperti Petronas, TNB, TMB dan lain-lain.

Laporan kewangan di atas jelas menunjukkan bahawa daripada keseluruhan dana yang bernilai RM 645 billion pada tahun kewangan 2014, pelaboran KWSP majoritinya bukan dalam bentuk pinjaman kepada kerajaan. Laporan Kewangan Tahun Kewangan 2015 setakat ini masih belum di paparkan dalam website KWSP. Anda semua boleh menganalisisnya bila ianya dipaparkan kelak.

Sumber keuntungan KWSP untuk tahun kewangan tahun 2015 pula boleh dirujuk di sini.

Penulis suka untuk mencadangkan supaya pihak KWSP mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang cuba mahu mensabotaj reputasi KWSP kerana ianya boleh mengakibatkan hakisan kepercayaan rakyaat kepada KWSP yang bukan sahaja boleh menyebabkan keuntungan pelaboran KWSP tergugat malah ianya juga boleh meruntuhkan ekonomi negara.

9 comments:

  1. Bagimana dengan keputusan tahunan kewangan 1MDB....????
    Assetnya sekarang sudah dipindahkan ke bawah KEMENTERIAN
    KEWANGAN di bawah kelolaan MENTERI KEWANGAN bukan PERDANA
    MENTERI lagi. Adakah ini bererti Najib mahu lepaskan
    bebannya kepada rakyat untuk membayar hutang 1MDB....????

    Jangan saman aku taw, aku cuma bertanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minah...ko pegi tanya dgn 2 manusia nie..
      1. Mahdey kutty
      2. Najib
      Salah sorg akan buat ko rasa puashati...

      Cuma...jgn tanya dgn dapigs atau anwar..
      Oppsss...anwar msh dlm jel...

      Delete
  2. Itu otai bersih hanya cakap main politik sahaja.Tak mau pahala punya olang. Dia ada ingat kalau itu duit duduk sana dalam KWSP tanpa buat pelaburan dia boleh dpt itu 5-6% punya dividen ka.Tadak akai punya orang tapi lebih malang ada banyak kedekut samapi itu pahala pun dia tak mau pasal hati ada banyak busuk.

    ReplyDelete
  3. peraturan 117 dalam M&A 1MDB sudah dikeluarkan..so bermakna selama ini apa yg tun m dan kawan2 dia cakap betul le..pe pendapat tuan?

    ReplyDelete
  4. dulu kononnya kata najib langsung tak terlibat. adanya peraturan 117 membuktikan sebaliknya. sebab itu 117 terpaksa dikeluarkan. kantoi lagi penyokong2 najib.

    ReplyDelete
  5. Aku dah tak sabar nak tengok Ah Job Gor merengkok dalam penjara kerana rasuah, salah guna wang rakyat dan salah guna kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu mahdey kutty tak kena jel krn salahguna kuasa dan rasuah...macam mana dia nak jel org lain??!!!!

      Delete
  6. Kwsp sahkan ada membeli bon sukuk 1mdb Dan kini 1mdb disahkan gagal membayar interest tersebut..so APA citaaaaa

    ReplyDelete
  7. Hehehe...mahdey lagi teruk skandal kewangan dia.Klu disebut di sini rasa nak ludah muka puak pakatun.Bailout billion2 ringgit tapi seposen tak diplgkan balik.Blm lagi perjanjian bodo dan bangang utk lebuhraya dan IPP yg hanya mengenyangkan waris dan kroni.
    Skrg projek bestari.net yg dimiliki oleh kroni mahdey menyedut antara rm500-rm600 sbln bayaran sewa sedangkan capaian internet tak spt yg dijanjikan.Bayangkan brapa ribu buah sklh menyewa dgn byrn sebanyak itu tapi servis mcm bangsat.
    Mujur idea kroni mahdey yg mencdg agar menswastakan prkhidmatan farmasi hospital dan Klinik kerajaan ditolak bbrapa bulan yg lepas.Klu tidak tak tahu ler nasib rakyat yg miskin.
    Cai...klu sekadar menyalak ttg 1mdb yg dikelirukan oleh puak pakatun...buang masa jer...
    Najib bukannya anwat...gone end atau mahdey kutty yg akan melatah bila kena soal atau difitnah.Kita yg dok bawah nie jadi sewel melayan perasaan.
    Ada najib kesah????
    Baik dia buat keja yg lbh berfaedah dpd melayan karenah puak pakatun.Spt kata rakan ttg cara dapigs berkempen...tak dpt yakinkan rakyat...buat mrk keliru dah cukup bagus.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3